Pemimpin Yang Berpindah-Randah Dalam Pilihan Raya Bukan Fikir Berkhidmat Untuk Rakyat

KUALA NERANG, 29 Okt – Pemimpin yang berpindah-randah sebagai calon pilihan raya hanya mahu mengukuhkan parti semata-mata dan bukannya niat berkhidmat kepada rakyat. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) dalam sebuah negara demokrasi adalah berkaitan berkhidmat kepada rakyat. “Jadi bagaimana mereka nak pedulikan pembangunan kepada rakyat termasuk prasarana, pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi […]

» Baca lanjut

Debat Tak Bawa Hasil, Lebih Baik Jaga Kepentingan Rakyat – PM

KUANTAN, 29 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih baik untuk beliau menjaga kepentingan rakyat berbanding berdebat, yang tidak membawa sebarang hasil selepas perdebatan itu selesai. Beliau berkata, ia boleh disaksikan menerusi sesi debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan sebelum ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan antara Anwar dengan bekas Perdana Menteri […]

» Baca lanjut

Jelajah AKM Akan Diteruskan Jika Kerajaan Diberi Mandat Pada PRU15 – PM

KUANTAN, 29 Okt – Kerajaan akan meneruskan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata program tersebut dihentikan sementara, bagi memberi laluan kepada PRU15. “Ini mungkin destinasi terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, insya-Allah jika diberi peluang teraju kerajaan ini sekali lagi, program […]

» Baca lanjut

PRU15: Biar Tambun Jadi Sejarah Anwar Hilang Pengaruh – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada sebarang jasa di Tambun dan beliau bukanlah aset penting yang perlu diberikan kemenangan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ini adalah kesempatan terbaik untuk orang Perak khususnya di Tambun bagi menamatkan hayat politik Anwar. “Anwar Ibrahim tiada jasa di Tambun, Perak dan […]

» Baca lanjut

PH Dan PKR Perlu Henti Jadikan Kerusi Parlimen Alor Setar Buat ‘Nomad Politik’ – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR diminta untuk berhenti menjadikan kerusi Parlimen Alor Setar buat golongan ‘nomad politik’. Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, PKR menjadikan kerusi parlimen tersebut sebagai kerusi ‘pelancongan’ ahli politik dengan menghantar orang dari luar kawasan sebagai calon. “Seperti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim […]

» Baca lanjut

Kenal Siapa Kawan Dan Lawan, Elak Tembak Kaki Sendiri – PM Ismail Sabri

BANDAR BAHARU, 19 Okt – Pada program solidariti BN di Kedah pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghantar mesej kepada ahli-ahli BN, untuk sedar dan kenal ‘siapa lawan dan kawan’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) agar jelas siapa yang perlu ditentang. Dengan mengenal pasti lawan BN untuk PRU15 yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional […]

» Baca lanjut

Janji BN Tawarkan Kestabilan Dan Kemakmuran Negara – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 18 Okt – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tujuan mewujudkan solidariti adalah untuk kesungguhan dalam menzahirkan kestabilan dengan tujuan demi kemakmuran negara. Beliau yang juga Presiden UMNO menekankan bahawa kemakmuran harus dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan kaum, tanpa mengira budaya, agama dan bahasa. “Saya buta warna, BN juga […]

» Baca lanjut

PRU15: BN Tidak Akan Letak ‘Songkok’ Untuk Menang – PM

BAGAN DATUK, 17 Okt – Situasi di ‘medan perang’ sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) bukan seperti dahulu lagi yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) boleh meletakkan mana-mana calon untuk menang dengan mudah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Naib Presiden Umno itu berkata BN perlu bekerja lebih keras dan tidak boleh selesa seperti dahulu berdasarkan polar serta polemik politik […]

» Baca lanjut
1 141 142 143 144 145 214