Sokongan Masyarakat Orang Asli Kepada BN 90 Peratus – Ramli

SEREMBAN, 11 Julai – Sokongan masyarakat Orang Asli terhadap Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu 90 peratus dan akan terus diperkukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor. Beliau yang merupakan wakil rakyat dalam kalangan Orang Asli berkata BN sebuah parti yang komited dalam memperjuangkan hak dan keistimewaan komuniti itu dan berharap sokongan berkenaan […]

» Read more

PRN: Semua Parti Ada Keyakinan, ‘BN Nismilan’ Sedia Masuk Gelanggang – Jalaluddin

SEREMBAN, 27 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias percaya semua parti yang menyertai mana-mana pilihan raya berhasrat untuk mencapai kemenangan. Justeru bagi beliau keyakinan pimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil alih negeri berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti adalah perkara biasa dan ianya adalah hasrat semua parti yang bertanding. “Kenyataan PN yang mengatakan […]

» Read more

Jangan Layan Kenyataan Bertentangan Pendirian Rasmi Kerajaan Perpaduan – Zahid

SEREMBAN, 24 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin parti itu supaya tidak melayan sebarang kenyataan mana-mana individu yang bertentangan dengan pendirian komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata sekiranya pemimpin UMNO mudah memberikan reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan […]

» Read more

‘BN Nismilan’ Terus Mengorak Langkah, Semangat Jentera Tinggi Menjelang PRN – Jalaluddin

JEMPOL, 22 Jun – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan terus melipatgandakan lagi usaha untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam masa terdekat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata untuk itu pihaknya telah melaksanakan pelbagai perancangan dan pelaksanaan khususnya Jelajah BN Negeri ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha […]

» Read more
1 73 74 75 76 77 175