Rakyat Pilih BN… PH Masih Berjiwa Pembangkang, Main Isu Perkauman, Pecah-Belah Keharmonian

KUALA LUMPUR, 17 April – Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan Lateffah Ali Kunju berkata, kempen yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah cara yang tidak sihat apabila mereka cuba meracuni fikiran rakyat dengan mesej-mesej yang berbaur perkauman. Katanya, PH seolah-olah tidak bertamadun dan masih berjiwa pembangkang sedangkan mereka sekarang ini […]

» Read more

PRK Rantau Ada Hikmahnya, Sekali Lagi Peluang Tunjuk Manifestasi Penolakan Terhadap Kerajaan PH – Zahid

RANTAU, 11 April –  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya apa yang berlaku di Rantau iaitu Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan mempunyai hikmah yang tersendiri dan kesediaan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat menawarkan diri adalah untuk menebus maruah rakyat Rantau keseluruhannya. Selain itu tegas beliau PRK Rantau adalah peluang sekali lagi untuk rakyat […]

» Read more

Diskusi Dari PRK N27 Rantau

REMBAU 8 April– Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan Puan Latteffah Ali dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan Puan Fazillah Abu Samah dalam Diskusi Dari PRK N27 Rantau bertajuk “Kerjasama Wanita & Muslimah…Kuasa Pengundi Wanita Di Rantau” yang dihoskan oleh Saudari Wan Salwati Abdullah bersiaran lansung di FACEBOOK UMNO-Online di sini hari ini.

» Read more

PH Kitar Semula Isu Lama, Tak Relevan Di Rantau

REMBAU 8 April – Pakatan Harapan (PH) dilihat terdesak apabila menggunakan taktik menyerang peribadi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ini. Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, para pemimpin PH terpaksa mengitar semula isu-isu lama yang tidak lagi relevan dengan suasana […]

» Read more

Konvoi Aman Bermotor Pemuda BN, ARC PAS Simbolik Tolak Politik Fitnah Dan Provokasi

  REMBAU, 7 April – Konvoi bermotosikal Pemuda Barisan Nasional (BN) bersama kelab Alternative Riding Club (ARC) dari parti PAS merupakan satu manifestasi anak-anak muda menolak politik fitnah dan berunsur provokasi perkauman. Hal demikian dinyatakan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris ketika ditemui selepas pelepasan konvoi tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad […]

» Read more

‘Flash Mob’ Anak Muda Rantau, Referendum Tolak Pakatan Harapan

  REMBAU, 7 April – Anak-anak muda Rantau hari ini membuat ‘flash mob’ bagi menyatakan satu referendum menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal melunaskan janji-janji walaupun telah memegang tampuk pemerintahan hampir sebelas bulan, selain kegagalan menguruskan ekonomi negara dengan baik. Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, ia sebagai satu ekspresi ketidakpuasan hati golongan muda […]

» Read more

Gagal Tunai Janji: Anak Muda Semakin Buka Mata, PH Masih Berlegar Di ‘Roundabout’

REMBAU, 4 April – Hakikat yang harus diakui oleh Pakatan Harapan (PH) kini ialah semakin hari mereka semakin dihukum oleh rakyat, termasuklah juga golongan muda kesan daripada kegagalan menunaikan janji-janji pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu, ujar Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir. Ini dapat dibuktikan di kotak-kotak undi saluran muda di dalam Pilihan Raya Kecil […]

» Read more

Diskusi ‘Apo Nak Dikato…’ Dari PRK N27 Rantau

REMBAU 3 April–Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan Setiausaha Penerangan MIC Pusat A. Subash Chandrabose dalam Diskusi ‘Apo Nak Dikato…’ Dari PRK N27 Rantau bertajuk Suara Orang Muda dan Pengundi Bukan Melayu yang dihoskan oleh ADUN Palong Mustafa Nagoor, bersiaran secara langsung di FACEBOOK UMNO-Online di sini hari ini.

» Read more

Tunjukkan Solidariti, Tok Mat Hasan Mesti Menang Dengan Mandat Besar Di PRK Rantau – SUA

SEREMBAN, 21 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau memilih Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai wakil mereka dengan mandat yang besar. Ini kerana katanya, Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat Hasan merupakan simbol kebangkitan semula parti. “Tok Mat merupakan calon dan simbol kebangkitan semula… Tok Mat […]

» Read more
1 72 73 74 75 76 158