SPRM Perlu Siasat Tan Sri Muhyiddin Yassin – Zaidy

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berpandangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan terperinci dalam keadaan segera terhadap pendedahan Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd, David Tan di mahkamah yang mendakwa pihaknya ada memberikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurutnya, seharusnya, pihak berkuasa […]

» Read more

Pemuda Mahu Lebih Ramai Calon Muda Diketengahkan Dalam PRU

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Beberapa perwakilan daripada Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta supaya lebih banyak golongan muda diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Rata-rata pandangan pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pemuda di sini berkata ia berikutan peningkatan golongan pengundi muda susulan pelaksanaan pengundi berusia 18 tahun ke atas. Setiausaha Pemuda UMNO Selangor Datuk […]

» Read more

Berbahaslah… Bawalah Cadangan Untuk Parti, Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berharap para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan bermula hari ini dapat membawa cadangan dan lontaran pandangan untuk dikupas bersama-sama. Menurut beliau banyak perkara boleh disentuh melibatkan kepentingan rakyat antaranya soal pengangguran, pendapatan, ekonomi, pelajaran dan sebagainya lagi. “Kita alu-alukan pembahas yang mewakili negeri masing-masing. Berbahaslah…bawalah […]

» Read more

Aplikasi Media Sosial Fokus Santuni Anak Muda Sokong BN – Mohd Zaidy

JOHOR BAHRU, 17 Feb – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menekankan penggunaan media sosial sebagai platform yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mendekati golongan muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Katanya, kali ini mungkin cara berkempen agar luar biasa berbanding dengan PRN Melaka kerana ia melibatkan undi 18 tahun yang telah diwartakan 15 Dis lalu. […]

» Read more

Sama ‘Berkampung’… Kestabilan Demi Kemakmuran Untuk Rakyat Melaka – Zaidi

MASJID TANAH, 17 Nov – Pemuda UMNO Negeri Sembilan yang berkampung sejak dari awal kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning bersama dengan jentera tempatan lain yakin dan percaya segala usaha mereka akan membuahkan hasil pada 20 Nov ini. Menurut Ketua Pemudanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Jempol, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir biarpun terdapat […]

» Read more

Perubahan Digital Dijiwai, PUMAS Laksana Transformasi Perubahan Dalam Parti – Shahril Hamdan

SEREMBAN, 18 Sept – Perubahan digital dalam arus semasa perlu dijiwai oleh ahli-ahli UMNO lantas kerana itulah Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) buat julung kali melaksanakan pertandingan pidato secara online, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan. Jelasnya, sebelum ini terdapat Ketua-ketua Penerangan terdahulu telah mengadakan kursus-kursus, ceramah-ceramah dan sebagainya tetapi ini adalah pertama kali PUMAS mengadakan program secara ‘digital’ berikutan tuntutan […]

» Read more

Pembatalan Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Adalah Satu Penderhakaan, Wajib Diambil Tindakan

SEREMBAN, 31 Julai – Wanita UMNO Negeri Sembilan merujuk kepada kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden yang melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang yang membatalkan Ordinan Darurat tanpa mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di Persidangan Parlimen pada Isnin lalu. Kata Ketuanya Latteffah Ali, pengisytiharan pembatalan yang dibuat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah satu penghinaan dan penderhakaan […]

» Read more

Kenyataan Istana : Hari  Yang Sangat Mengecewakan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Hari ini merupakan hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah terbukti membelakangi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tindakan membelakangkan Institusi Diraja ini merupakan satu bentuk penderhakaan dan perlu ditentang habis-habisan. Sebagai rakyat yang setia kepada Rajanya, penderhakaan ini tidak boleh diterima sama sekali, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO […]

» Read more

Proklamasi Darurat Gagal Capai Objektif, Tiba-tiba Tamat… Kerajaan Perlu Jelaskan – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan berharap agar jawapan yang diberi oleh kerajaan bukanlah satu jawapan yang retorik sebaliknya penjelasan perlu dibuat secara terperinci berkaitan proklamasi Darurat di negara yang dikatakan telah tamat. Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata sejak dari awal lagi sememangnya tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan Proklamasi Darurat kerana ia […]

» Read more
1 67 68 69 70 71 158