Pemilihan UMNO: Tengku Razaleigh Pertahan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Sejak 1962

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) bagi penggal 2023-2026 diadakan hari ini melibatkan 189 daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara. Walaupun keputusan belum diumumkan sepenuhnya, namun terdapat beberapa bahagian yang mencuri tumpuan antaranya kemenangan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang berjaya mengekalkan jawatan yang […]

» Read more

Adun BN, UMNO Sebahagian Kerajaan Negeri Bukti PH Selangor Terbuka – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 18 Mac – Penerimaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian kerajaan Selangor, menunjukkan sifat keterbukaan Pakatan Harapan (PH) Selangor, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kenyataan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari itu, selaras dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. “Ini […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Hari Ini Penentu Barisan Kepimpinan Masa Hadapan Parti

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Hari ini merupakan penentu kepada barisan kepimpinan masa hadapan baharu UMNO apabila Mesyuarat Perwakilan yang berlangsung turut menyaksikan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Berlangsung serentak di seluruh negara, ianya akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) yang dilantik bagi memainkan peranan dalam memastikan perjalanan pemilihan kali ini berjalan […]

» Read more

Pengundian Pemilihan UMNO Bermula Esok, Ke Arah Mencorak Masa Hadapan Cemerlang

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Mesyuarat Perwakilan akan berlangsung secara serentak pada esok, 18 Mac yang turut menyaksikan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Berlangsung di seluruh negara, ianya akan dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) yang berperanan dalam memastikan perjalanan pemilihan kali ini berjalan lancar serta mengikut lunas-lunas seperti yang termaktub dalam Perlembagaan […]

» Read more

Ahli UMNO Perlu Hormat Segala Keputusan Parti – Presiden

https://youtu.be/uzcr1e3yUEg SEREMBAN, 14 Mac  – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya menghormati segala keputusan yang dibuat pucuk pimpinan biarpun ada perbezaan pendapat. Beliau berkata ahli parti juga seharusnya menjaga perkara yang menjadi kerahsiaan parti terutama segala inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat parti. “Setiap Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang dilantik hadir melafazkan sumpah untuk simpan rahsia…ia bukan […]

» Read more

Pengundian Pemilihan UMNO Bermula Esok, Peluang Perwakilan Tentukan Pemimpin Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 akan bermula pada esok hari untuk menentukan barisan kepimpinan masa hadapan terutamanya dalam berhadapan situasi politik mencabar ini. Para perwakilan seluruh Malaysia akan bersidang mengikut bahagian masing-masing secara serentak seterusnya membuang undi untuk memilih calon terbaik bagi mengemudi bahtera Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di bahagian masing-masing serta pusat. […]

» Read more

Presiden Ingatkan Calon Pemilihan UMNO Tidak Mengharap Dapat Bertanding Pada PRN

SHAH ALAM, 8 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para calon bagi pemilihan UMNO kali ini agar tidak meletakkan harapan untuk diletakkan sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Katanya kemenangan para calon pada pemilihan itu nanti bukan jaminan bagi UMNO meletakkan mereka untuk bertanding pada PRN yang dijangka akan diadakan selepas sambutan […]

» Read more
1 28 29 30 31 32 158