BN Akan Adakan Mesyuarat Tentukan Calon PRK Port Dickson – Mohamad

SEREMBAN, 12 Sept – Barisan Nasional (BN) dijangka akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada akan meletak calon atau tidak dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (nama asal Teluk Kemang). Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia bagaimanapun terpulang kepada keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi BN kelak. “Jika BN bersetuju untuk meletak calon, semua […]

» Read more

Bekas Adun Beserah Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

KUANTAN, 12 Sept – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Datuk Faisal Abdullah, 70, meninggal dunia akibat angin ahmar di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 11.45 malam tadi. Anak sulungnya Ahmad Fadzilan, 40, berkata arwah dimasukkan ke hospital itu sejak sembilan hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan dialisis. “Ayah memang menghidap penyakit kencing […]

» Read more

Meneruskan Perjuangan

ALOR GAJAH 9 Sep — Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Ledang dalam Halaqah Ilmu Pemuda (HIP) yang diadakan di Alor Gajah Melaka. Turut bersama sahabat-sahabat saya Ketua Pemuda Melaka Fairul Nizam, Ketua Pemuda NSembilan Datuk Zaidy dan Naib Ketua Pemuda Negeri Johor Sdr Farid.

» Read more

MCA Sifatkan PRK Dun Balakong Isyarat Untuk Lebih Agresif Dekati Rakyat

BALAKONG, 27 Ogos – Pengarah PRK DUN Balakong parti itu, Datin Paduka Chiew Mei Fun berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong adalah sebagai peringatan kepada semua anggota MCA bahawa parti tersebut perlu lebih agresif mendekati rakyat. “PRK ini adalah kali pertama MCA bertanding atas logo sendiri dan disebabkan sejak ditubuhkan parti itu sentiasa bekerjasama tanpa mengira […]

» Read more

Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Selangor Hanya Tinggal Kenangan – Rosni

SHAH ALAM, 26 Julai – Rumah mampu milik yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor kini hanya tinggal kenang-kenangan sahaja kepada rakyat ekoran kerajaan Selangor sendiri mengumumkan projek perumahan mampu milik akhirnya dibatalkan, demikian kata ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. Jelasnya, sudah pasti sebahagian besar rakyat di negeri ini, khususnya yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana amat kecewa dengan keputusan […]

» Read more

Sahabat Seperjuangan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kunjungan kira-kira 100 anggota UMNO dari beberapa bahagian UMNO di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak pukul 1.30 petang hari ini. Mereka merupakan wakil UMNO dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

» Read more

Kerajaan PH Digesa Buktikan Mereka Amal Demokrasi Terbuka, Bebas

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Pakatan Harapan (PH) membuktikan kerajaan yang mereka kuasai hari ini lebih terbuka dan mengamalkan demokrasi bebas seiring dengan Malaysia baharu yang diwar-warkan sebelum ini. Menurut beliau citra Malaysia baharu yang dicanang-canangkan haruslah dizahirkan dan bukannya mengambil sikap sebaliknya dengan menyekat atau pun mengekang mana-mana […]

» Read more

Keputusan Empat Parti Di Sarawak Keluar BN Perlu Dihormati

ALOR SETAR, 12 Jun – Keputusan empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak untuk meninggalkan gabungan berkenaan bagi membentuk pakatan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dihormati. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata anggota UMNO serta BN tidak perlu bersedih kerana masih ramai anggota yang tetap setia bersama gabungan berkenaan. “Atas sifat sebuah negeri yang […]

» Read more

Kerajaan PH Batal Projek Bermanfaat Untuk Rakyat, Menghukum Atau Balas Dendam?

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memberhentikan pelbagai inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti dalam kajian ianya memberi manfaat besar kepada rakyat. Menurut Najib, beliau tidak kisah jika kerajaan PH mahu memadamkan segala legasi sepanjang sembilan tahun beliau mentadbir negara hinggakan terdapat laporan yang […]

» Read more

Kemelut MB Perlis Selesai, Semua Adun BN Akur Keputusan Raja Perlis

KANGAR, 5 Jun – Kesemua sembilan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akur dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar manakala pelantikan dan istiadat angkat sumpah anggota Exco dijangka selesai sebelum Aidilfitri ini. ADUN Chuping Asmaiza Ahmad berkata pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang dimaklumkan mengenai keputusan itu juga tidak membantah. ”Keputusan […]

» Read more
1 172 173 174 175