Umat Islam Seluruh Negara Rai Syawal Penuh Sederhana, Kebiasaan Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Umat Islam di seluruh negara menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini dalam kebiasaan baharu ketika negara masih berperang dengan ancaman pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Aidilfitri yang kebiasaannya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, kali ini diraikan penuh kesederhanaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 10 Pagi, 12 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini. 1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan sebuah kedai runcit milik warga asing di Hartamas beroperasi semula setelah dikenakan tindakan pada 8 Mei lalu seperti yang tular di […]

» Read more

Bekalan Makanan Cukup, Jangan Buat Pembelian Panik

KUANTAN, 2 Mei – Orang ramai diminta tidak melakukan pembelian panik susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai Isnin ini, kerana bekalan makanan mencukupi, termasuk di sepanjang bulan Ramadan dan semasa sambutan Aidilfitri. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata orang ramai tidak perlu risau kerana bekalan makanan semasa cukup untuk tempoh sehingga […]

» Read more

Pergerakan Pulang Pelajar Dari Semenanjung Ke Sarawak Bermula Hari Ini – Noraini

PUTRAJAYA, 1 Mei – Pergerakan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari Semenanjung ke Sarawak dan dari Sarawak ke Semenanjung bermula hari ini melibatkan seramai 575 pelajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Bagi pergerakan pelajar Semenanjung ke Sarawak, seramai 287 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak dibawa dengan 16 bas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur […]

» Read more

Lebih 3,000 Pelajar IPT Dihantar Pulang Hari Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 30 April – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar pulang seramai 3,194 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lagi melibatkan pergerakan intra-zon hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut beliau, pergerakan itu melibatkan empat zon iaitu Zon Timur ke dalam Zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Zon Perak ke dalam Zon Perak, Zon Selatan […]

» Read more

COVID-19: Zon Merah Turun Kepada 12, Zon Hijau Meningkat Kepada 77 Daerah

KUALA LUMPUR, 28 April – Jumlah daerah Zon Merah COVID-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila berkurangan kepada 12 daerah yang mencatatkan kes aktif kurang 40 kes, setakat 12 tengah hari semalam. Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini turut memaklumkan bahawa Zon Hijau meningkat kepada […]

» Read more

COVID-19: Tiada Tambahan Zon Merah, Kekal 26 Daerah

KUALA LUMPUR, 12 April – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes. Selain Lembah Pantai, daerah […]

» Read more

COVID-19: 184 Kes Baharu Dengan Tiga Kematian – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 11 April – Sebanyak 184 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini meningkat kepada 4,530, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 ketika ini sebanyak 73 atau 1.61 peratus […]

» Read more

“Jika Tidak Boleh Menyumbang, Jangan Jadi Pengacau”, ADUN PH ‘Hilang Dari Radar’ Dibidas

RAUB, 9 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub, Fadzli Mohamad Kamal membidas segelintir sikap wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Negeri Pahang jika tidak boleh menyumbang, jangan jadi pengacau. Ini kerana ujarnya, setelah tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, secara tiba-tiba muncul Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu dari PKR, Lee Chean Chung dan ADUN Bilut (Dap), […]

» Read more

Putrajaya, Rembau Dan Jasin Di Bawah Kategori Zon Merah COVID-19 – KKM

KUALA LUMPUR, 7 April – Tiga lagi lokasi dikategorikan sebagai zon merah COVID-19, menjadikan, jumlah keseluruhan zon merah kini meningkat kepada 21 lokasi, menurut statistik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan statistik yang dikongsikan dalam Twitter KKM hari ini, lokasi terbaharu itu membabitkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 41 kes, Jasin di Melaka (42 kes) […]

» Read more
1 154 155 156 157 158 175