Wisma Putra Terus Usaha Bawa Pulang Baki Jemaah Tabligh Rakyat Malaysia Di India – Hishammuddin

PUTRAJAYA, 18 Julai – Wisma Putra dengan kerjasama Perwakilan Malaysia di India, akan terus menyelaraskan usaha membawa pulang secara berperingkat, baki jemaah tabligh yang masih berada di India, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, maklumat mengenai misi pulang jemaah tabligh yang seterusnya, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. “Daripada 96 orang rakyat […]

» Read more

Armand Bidas Dr Latiff Keluar Kenyataan Angkuh, Kurang Bijak… Jangan Cipta Keretakan

SUBANG, 8 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata sebagai pemimpin muda dalam UMNO, beliau konsisten mempertahankan maruah parti dan menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad terhadap UMNO Sabah jelas mengguris hati orang-orang UMNO seluruh negara. Ini kerana katanya, UMNO adalah sebuah keluarga besar, ibarat cuit […]

» Read more

PKPP: SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen Diluluskan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu dalam memerangi pandemik COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara SOP yang dipersetujui ialah pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter tempat […]

» Read more

COVID-19: Kes Positif Kembali Catat Dua Angka Hari Ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 4 Julai – Malaysia kembali mencatat jumlah kes positif COVID-19 dua angka hari ini dengan 10 kes baharu direkodkan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 10 kes baharu itu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua warganegara Malaysia. “Daripada tiga kes penularan di dalam negara, satu kes […]

» Read more

Kompleks ICQS Padang Besar Dan Durian Burung Dibuka – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan untuk membuka Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis dan di Durian Burung, Kedah. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata ia akan dibuka bagi kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja. “Agensi-agensi yang terlibat telah dimaklumkan […]

» Read more

Jangan Berpecah Lagi… Muafakat Demi Kestabilan – Ahmad Maslan

PEKAN, 29 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata orang Melayu dan Islam di negara ini tidak boleh mengulangi sejarah perpecahan yang terjadi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tegasnya, kesan perpecahan tersebut jelas kelihatan apabila tampuk pemerintahan negara dan beberapa kerajaan negeri dikuasai oleh mereka yang bukan Melayu, Islam. “Kita ini berada dalam negara Organization of […]

» Read more

COVID-19: Kes Baharu Kekal Angka Dua Digit

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada angka dua digit apabila 18 kes positif wabak itu dilapor hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara sebanyak 8,634 kes dengan kebolehjangkitan 195 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 18 kes itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan […]

» Read more

Dua Adun Sabah Umum Keluar Parti, Jadi Adun Bebas Sokong PN

KOTA KINABALU, 15 Jun – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), parti blok kerajaan negeri, hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta. ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut Datuk James Ratib kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN) demi pembangunan kawasan mereka. Pengumuman berkenaan dibuat dalam […]

» Read more

Duduk Di Rumah Sepanjang PKP Antara Punca Bil Elektrik Meningkat – Mahdzir

SHAH ALAM, 2 Jun – Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan punca peningkatan bil elektrik di kawasan kediaman adalah kerana kebanyakan rakyat Malaysia berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, katanya, ada segelintir yang balik ke kampung semasa cuti sekolah menyebabkan berlakunya pula peningkatan penggunaan elektrik rumah di kampung masing-masing. “Ada sebahagian […]

» Read more

Warga Asing Ditahan Semasa PKP Tiada Dokumen Perjalanan Sah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 29 Mei – Semua warga asing yang ditahan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sekiranya warga asing masuk ke dalam negara secara sah mereka pasti mempunyai dokumen perjalanan diri atau i-kad sebagai pengenalan diri masing-masing. “Yang […]

» Read more
1 153 154 155 156 157 175