Program Santai

SEREMBAN 4 hb April — Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hj Hasan hadir di Program Isi Minyak Percuma dan Santai Anak Muda serta kempen mari daftar vaksin Covid 19 di Sikamat Negeri Sembilan semalam.- Sumber FB : Umno Bahagian Seremban

» Read more

215,395 Individu Sudah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19 – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 April – Sebanyak 215,395 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin mereka setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 482,808 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini adalah 698,203. Menerusi satu infografik […]

» Read more

Isu LKM: PDRM Dan JPJ Perlu Diselaraskan Arahan, Agar Tiada Kekeliruan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi berharap agar kerajaan menasihatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya sebelum melakukan sesuatu pengumuman hendaklah berbincang terlebih dahulu sesama sendiri. Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, adalah lebih baik diselarikan arahan supaya tidak mengelirukan orang awam dalam penguatkuasaan kerana dalam […]

» Read more

Cubaan Permainan Kotor Gagal Pikat Ahli Parlimen Cameron Highland – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pernah cuba memberikan tawaran kepada Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor untuk keluar daripada UMNO. Wan Rosdy berkata, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa parti itu telah memujuk Ramli untuk menyertai mereka, namun usaha tersebut tidak berhasil. “Mereka […]

» Read more

Lebih 74,000 Individu Lengkapkan Dua Dos Suntikan Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Seramai 74,289 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bagi tempoh sama, 436,687 individu telah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini adalah 510,976. Menerusi satu infografik […]

» Read more

Lebih 481,000 Individu Terima Vaksin COVID Setakat 23 Mac – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Seramai 481,989 individu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu 430,368 individu telah menerima dos pertama vaksin sementara 51,621 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut. Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasminya hari ini, tiga negeri mencatat jumlah […]

» Read more

Contohi Baddrol Bakhtiar, Pemain Yang Sangat Setia Kepada Pasukannya – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi berkata pemain bola sepak Kedah Baddrol Bakhtiar adalah contoh seorang individu yang sangat setia, jiwa dan raganya tetap bersama pasukan negeri tersebut. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, sepanjang karier Baddrol tidak pernah berhijrah bersama pasukan lain biarpun rakan seangkatan melakukannya dengan tawaran puluhan ribu hingga ratusan ribu […]

» Read more

Lebih 450,000 Individu Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat 22 Mac

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Seramai 452,919 individu di negara ini telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, berkata daripada jumlah itu, seramai 422,058 individu menerima suntikan dos pertama manakala 30,861 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut. […]

» Read more

346,508 Individu Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Setakat 16 Mac

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Seramai 346,508 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 41,913 individu, diikuti Perak (39,404), Sabah (33,966) dan Sarawak (32,465). “Di Kuala Lumpur seramai 31,740 individu, Johor (26,185), Pahang (25,944), Kedah (23,871), […]

» Read more

Seremban Lokasi Kedua Pasar Awam ‘Dikawal’ Robot’ – Khairy

IPOH, 16 Mac – Pasar Awam Seremban di Negeri Sembilan bakal menjadi pasar awam kedua di negara ini yang menerima tiga aplikasi robotik dan dilengkapkan dengan kecerdasan buatan (AI) mulai bulan depan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata Pasar Awam Seremban akan menjadi satu daripada pusat ujian teknologi berkenaan selepas Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh yang telah menggunakan robot […]

» Read more
1 144 145 146 147 148 175