Pastikan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Dilaksana Secara Menyeluruh – PM

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kerajaan akan memastikan segala bantuan dan kemudahan kepada mangsa banjir dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan RM1.4 bilion. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah inisiatif itu, kerajaan turut melaksanakan beberapa penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan (BWI) antaranya RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah […]

» Read more

Pasca Banjir: BN Gerakkan Pasukan Perubatan, Terus Salurkan Sumbangan – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Misi bantuan pasca banjir terus digerakkan oleh pelbagai pihak dan hari ini Barisan Nasional (BN) serta BN Comms turut menyelaraskan bantuan seumpama itu di beberapa negeri yang terlibat. Lebih bermakna kali ini, pasukan perubatan turut digerakkan selain pelbagai bantuan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir dalam usaha membantu meringankan beban yang ditanggung. Penyelaras Bantuan Bencana BN, Datuk […]

» Read more

Adun Melalap Peter Anthony Umum Keluar Parti Warisan Sabah

KOTA KINABALU, 28 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan keputusan beliau untuk keluar daripada menganggotai Parti Warisan Sabah (Warisan). Peter, 50, yang juga merupakan naib presiden parti itu turut mengumumkan hasratnya menubuhkan sebuah parti baharu yang akan berkerjasama dengan Kerajaan Sabah di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau berkata tindakannya itu […]

» Read more

Banjir: Putera Raja Arab Saudi Zahir Hasrat Bantu Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Menteri Kabinet Arab Saudi Putera Turki bin Mohammad bin Fahd bin Abdulaziz menzahirkan hasrat membantu Malaysia dengan menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat banjir. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi kenyataan semalam. “Pagi tadi saya telah dihubungi oleh Putera Turki bin Mohammed bin […]

» Read more

Banjir: Peruntukan Darurat RM5.4 Juta Bantu Kerja Pembersihan

JELEBU, 26 Dis – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) setakat ini menyalurkan RM5.4 juta menerusi peruntukan darurat bagi kerja pembersihan, kutipan dan pelupusan sisa banjir kepada lima negeri yang terjejas dalam bencana itu. Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata daripada jumlah itu sebanyak RM2.9 juta diagihkan kepada Pahang, Selangor (RM2.1 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM255,671), Melaka […]

» Read more

Kerja Baik Pulih Menara Komunikasi Terjejas Akibat Banjir Di Selangor Giat Dijalankan – Annuar

PUTRAJAYA, 23 Dis – Kerja-kerja membaik pulih menara komunikasi yang terjejas akibat banjir di Selangor sedang giat dijalankan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata setakat semalam (22 Dis), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengenal pasti sebanyak 342 menara komunikasi yang terkesan akibat banjir di negeri itu. Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 153 menara telah […]

» Read more

Kerajaan Pahang Umum Bantuan Khas RM500 Kepada Mangsa Banjir – MB

KUANTAN, 23 Dis – Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata bantuan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap mangsa yang terjejas. Katanya, bantuan berkenaan meliputi kategori penerima iaitu mangsa […]

» Read more

Empat Inisiatif Ringankan Beban Rakyat, PMKS Terkesan Banjir – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumuman empat inisiatif yang akan dilaksanakan agensi kerajaan dan sektor perbankan bagi meringankan beban rakyat dan peniaga perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan banjir. Ismail Sabri menerusi kenyataan semalam berkata Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menyediakan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 dan […]

» Read more

Perak Kaji Lebih Banyak Kawasan Untuk Diiktiraf Geopark Kebangsaan

IPOH, 21 Dis – Perak akan mengkaji lebih banyak lokasi bersejarah yang berpotensi diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan baharu selepas Lenggong dan Geopark Kebangsaan Lembah Kinta. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya turut mengenal pasti dan memastikan lokasi berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan yang diterajui kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). […]

» Read more

Banjir: KKM Jangka Pertambahan Kes Positif COVID-19 Di PPS

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka peningkatan kes positif COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara, susulan bencana banjir yang berlaku di Malaysia ketika ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini berikutan keadaan PPS yang dianggap berisiko tinggi serta langkah dan pematuhan kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ketika berdepan musibah banjir. “Dalam kita menyelamat […]

» Read more
1 134 135 136 137 138 175