Empat Inisiatif Ringankan Beban Rakyat, PMKS Terkesan Banjir – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumuman empat inisiatif yang akan dilaksanakan agensi kerajaan dan sektor perbankan bagi meringankan beban rakyat dan peniaga perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan banjir. Ismail Sabri menerusi kenyataan semalam berkata Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menyediakan pembiayaan kewangan peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 dan […]

» Read more

Perak Kaji Lebih Banyak Kawasan Untuk Diiktiraf Geopark Kebangsaan

IPOH, 21 Dis – Perak akan mengkaji lebih banyak lokasi bersejarah yang berpotensi diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan baharu selepas Lenggong dan Geopark Kebangsaan Lembah Kinta. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya turut mengenal pasti dan memastikan lokasi berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan yang diterajui kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). […]

» Read more

Banjir: KKM Jangka Pertambahan Kes Positif COVID-19 Di PPS

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangka peningkatan kes positif COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara, susulan bencana banjir yang berlaku di Malaysia ketika ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ini berikutan keadaan PPS yang dianggap berisiko tinggi serta langkah dan pematuhan kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ketika berdepan musibah banjir. “Dalam kita menyelamat […]

» Read more

KPLB Peruntuk RM4 Juta Sebagai Bantuan Segera Kepada Mangsa Banjir

PADANG TERAP, 19 Dis – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi lapan agensinya memperuntuk sejumlah RM4 juta untuk menyalurkan bantuan segera berupa bakul makanan kepada mangsa banjir yang terlibat di beberapa negeri. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata agensi terbabit antaranya Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Felcra dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) […]

» Read more

KKMM Salur Bantuan Lebih RM2 Juta Untuk Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir berjumlah RM2.18 juta yang disumbangkan melalui agensi-agensi di bawahnya. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bertanggungjawab untuk menyelaraskan agihan bantuan tersebut. Selain itu, Annuar berkata MyCreative Ventures, sebuah agensi di bawah KKMM juga menyumbangkan 2,000 unit […]

» Read more

Misi Bantuan Banjir, Southern Volunteers Turun Padang Demi Khidmat Kepada Rakyat

JOHOR BAHRU, 19 Dis – Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari telah mengakibatkan beberapa kawasan seluruh negara dinaiki air dan walaupun ada kawasan-kawasan yang telah surut namun kesan bencana terbabit memberi kesan kepada rakyat. Sehubungan itu, Southern Volunteers telah siap sedia menggerakkan misi membantu mangsa-mangsa banjir khususnya bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. Pengerusinya, Datuk Onn […]

» Read more

Banjir: Keutamaan Kerajaan Selamatkan Nyawa Rakyat – PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob. Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini. “Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan […]

» Read more

Semoga Mangsa Banjir Selamat, Dipermudahkan Urusan – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan seluruh negara sedang dinaiki air. Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan semoga kesemua mangsa terlibat kejadian banjir berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan. “Para para petugas membantu mangsa banjir sentiasalah berhati-hati dan sentiasa memastikan keselamatan diri. “Semoga kejadian […]

» Read more

GPS Tampilkan 24 Muka Baharu Untuk PRN Sarawak – Abang Johari

KUCHING, 3 Dis – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menampilkan 24 muka baharu untuk menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. Perkara itu diumumkan Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg namun beliau tidak memberikan butiran lanjut. Bercakap kepada media selepas majlis penyerahan watikah kepada calon GPS yang dilakukan secara tertutup di sini, beliau berkata calon-calon baru […]

» Read more

KPLB Peruntuk 1.25 Bilion Untuk Bangunkan Prasarana Di Sabah Tahun Depan

PAPAR, 29 Nov – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM1.25 bilion untuk projek pembangunan prasarana bagi tahun depan di Sabah. Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan KPLB kepada Sabah itu meningkat sebanyak 6.25 peratus berbanding pada 2021. “Peruntukan itu melibatkan 248 projek yang akan dilaksanakan di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa pelitup muka, pelindung […]

» Read more
1 117 118 119 120 121 158