Khairy Tegaskan Sumbangan Kepada Kerajaan Mewakili UMNO, Demi Keselamatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sumbangan beliau kepada kerajaan harus dilihat dari sudut bagaimana pelaksanaan tugas dilakukan kerana beliau menjadi menteri yang mewakili UMNO. Oleh itu katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau merangkap Ahli Parlimen terbabit memaklumkan bahawa beliau berusaha menjalankan tugas dengan baik dan itu sumbangan kepada rakyat mewakili parti iaitu […]

» Read more

UMNO/BN Lebih Selesa Sendiri, Jangan Berpaut Pada Kekuatan Pihak Lain – Ahmad Maslan

BENTONG, 30 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan adalah lebih baik buat parti untuk memperkukuh kepada kekuatan sendiri berbanding mengharapkan kepada pihak lain. Katanya ini kerana, hakikat tersebut diakui kebenarannya apabila langkah UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk bertanding solo di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuahkan hasil apabila memperoleh undi selesa. “Memautkan kekuatan pada orang lain ini […]

» Read more

390 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Wang Ihsan Di Melaka

ALOR GAJAH, 29 Dis – Sebanyak 390 daripada 2,528 ketua isi rumah di Melaka yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sehingga hari ini. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata BWI berkenaan mula diagihkan kerajaan negeri sejak malam tadi selepas menerima sejumlah RM400,000 daripada kerajaan Persekutuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara […]

» Read more

Melaka Bentang Bajet 2022 Berjumlah RM507.92 Juta

MELAKA, 27 Dis – Kerajaan negeri Melaka membentangkan Bajet Melaka 2022 bertemakan “Stabil Melaka, Makmur Bersama” berjumlah RM507.92 juta, dengan anggaran Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM427.92 juta iaitu bagi Maksud Tanggungan (RM10.48 juta) dan Maksud Bekalan (RM417.44 juta). Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata perbelanjaan pembangunan pula dianggarkan berjumlah RM80 juta dengan pecahan RM56.36 juta sebagai sumber hasil […]

» Read more

Keprihatinan UMNO Konsisten, Teruskan Khidmat Bakti Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pasca bencana banjir yang melanda hingga minggu kedua ini terus mendapat keprihatinan pimpinan UMNO termasuk akar umbi dalam menyalurkan khidmat bakti dengan membantu mereka yang terkesan. Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bersama Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkunjung ke Padang Jawa memberikan 1,000 pek makanan asas dan […]

» Read more

DUN Melaka Ucap Tahniah, Beri Penghormatan Kepada ‘Abang Viva’

MELAKA, 27 Dis – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang membantu mangsa banjir di Selangor dan kini di Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika membentangkan Bajet 2022 Negeri Melaka berkata beliau […]

» Read more

Ibrahim Durum Angkat Sumpah Sebagai Speaker DUN Melaka

MELAKA, 27 Dis – Bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka Datuk Ibrahim Durum mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu berkuat kuasa hari ini, dalam Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15. Usul melantik Ibrahim dikemukakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan […]

» Read more
1 56 57 58 59 60 269