Perhimpunan Agung UMNO Kali Ini Cukup Besar Bagi Memaknakan Sebuah Perjuangan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perhimpunan agung kali ini tidak harus dilihat sebagai satu lagi perhimpunan agung seperti kebiasaannya, kerana perhimpunan agung kali ini mempunyai makna yang cukup besar bagi sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair. Menurut Annuar, perhimpunan kali ini akan menjadi perhimpunan yang lebih serius berbanding perhimpunan-perhimpunan yang sebelumnya […]

» Read more

UMNO Sabah Sambut Baik Pemberian Kuasa Autonomi

KOTA KINABALU, 25 Sep – UMNO Sabah menyambut baik pemberian  kuasa autonomi  yang telah diberikan oleh UMNO Pusat, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata pemberian itu merupakan satu sejarah kepada UMNO Sabah dan secara langsung akan “melokalkan” UMNO di negeri ini. “Ini juga adalah hasil perjuangan UMNO Sabah dan selaras dengan usaha bagi “penjenamaan semula” […]

» Read more

UMNO Sabah Dengan Kuasa Autonomi – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 25 Sept – UMNO Sabah mohon diberi kuasa autonomi, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata permohonan Sabah itu akan beliau sentuh dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO pada 29 September ini sebelum dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi UMNO untuk diperakui. Katanya perkara berkenaan juga akan dibawa ke Perhimpunan Agung Khas UMNO […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO 2018 Berteraskan UMNO Sebuah Perjuangan – Annuar

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal berlangsung 28 – 30 Sept ini akan berteraskan UMNO sebagai sebuah perjuangan. Katanya, tagline UMNO sebuah perjuangan ini untuk memperingatkan bahawa UMNO bukan parti politik biasa tetapi lahir sebelum kemerdekaan demi perjuangan membela bangsa dan memerdekakan tanahair. “Perhimpunan kali ini juga […]

» Read more

Kerjasama UMNO-Pas Demi Penyatuan Ummah, Bukan Percaturan Politik – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa teras kerjasama antara UMNO dan Pas kali ini adalah demi penyatuan ummah dan bukan soal percaturan politik yang boleh menjerat kepada perebutan kuasa. “Tuntutan agama Islam paling penting adalah soal penyatuan ummah,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco […]

» Read more

Jawatankuasa Kerja UMNO Kelantan Ditubuhkan, Teliti Aspek Kerjasama Ikut Acuan Politik Negeri

KOTA BHARU, 15 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jawatankuasa Kerja Perhubungan UMNO Kelantan akan ditubuhkan bagi meneliti aspek-aspek kerjasama mengikut acuan politik di negeri berkenaan. Menurut beliau langkah seterusnya adalah perbincangan secara rasmi dengan pihak Pas dan kerajaan negeri Kelantan bagi menterjemahkan bentuk kerjasama kerana di peringkat nasional kerjasama tersebut telah terjalin secara rasmi […]

» Read more

Ketua Wanita UMNO Santuni Muslimat Di Muktamar Pas

KUALA TERENGGANU 14 Sept. – Lembaran baharu kepada sejarah hubungan politik Pas-UMNO terus tercipta apabila Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad pula menyantuni Muktamar Dewan Muslimat Pas Ke-58 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini pagi ini. Noraini tiba bersama rombongan Wanita UMNO antaranya Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid; bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk […]

» Read more

Tiga Bulan Tiada Pendakwaan, Aset Perlu Dipulangkan Kepada UMNO – Najib

KUALA LUMPUR 9 Sept.- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan aset yang disita oleh pihak polis masih belum dipulangkan kepada UMNO. Najib berkata, mengikut undang-undang, aset yang dirampas perlu dikembalikan selepas tiada dakwaan dibuat dalam tempoh tiga bulan. “Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan […]

» Read more
1 80 81 82 83 84 282