Pemuda UMNO Sambut Baik Komitmen Kerajaan Sokong Perkembangan Ekonomi GIG – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Pemuda UMNO hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob yang menyatakan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan ekosistem menyokong perkembangan ekonomi GIG dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Menurut beliau berita ini amat dinanti-nantikan untuk pekerja-pekerja yang terlibat dalam industri ekonomi GIG terutamanya p-hailing dan […]

» Read more

Peruntukan Khas PM Sama Rata Untuk Semua Ahli Parlimen Mulai September

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan akan diberi nilai peruntukan yang sama di bawah Peruntukan Khas Perdana Menteri bagi tempoh empat bulan terakhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid. Beliau berkata langkah itu selaras dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan transformasi Parlimen. […]

» Read more

Pemuda UMNO Bawa Luahan ‘Rider’, Lima Tuntutan Dikemuka

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar Malaysia dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar dan wakil-wakil Kesatuan P-Hailing dan E-Hailing bagi membincangkan permasalahan serta isu-isu berbangkit melibatkan penggiat ekonomi gig di dalam negara. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pelbagai luahan dan isu-isu untuk diperhalusi telah dibincangkan […]

» Read more

Terima Kasih PM Segerakan GKP, Rakyat Juga Berharap Ada Bantuan Sewajarnya – Pemuda UMNO Kedah

ALOR SETAR, 19 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menghargai langkah aktif kerajaan yang prihatin rakyat dengan menyalurkan segera bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang akan bermula pada 21 September 2021. Kata Ketua Penerangannya, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, bantuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail […]

» Read more

Rakyat Berharap Pemuda UMNO Terus Perjuangkan i-Citra

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata rakyat tanpa putus berharap agar pihaknya terus memperjuangkan isu i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ujarnya, beliau dan Pemuda UMNO tidak akan senyap bahkan akan terus bersuara bagi pihak rakyat kepada pihak yang berkaitan. “Tak putus-putus menerima mesej minta saya dan Pemuda UMNO terus […]

» Read more

MEDAC Akan Tubuh Jawatankuasa Khas Bantu Usahawan Terjejas Akibat COVID-19

Noh Omar

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Menteri, Tan Sri Noh Omar berkata kementerian itu akan memastikan semua bantuan dan peruntukan diselaraskan melalui jawatankuasa khas tersebut. “Jawatankuasa tersebut akan diketuai oleh ketua setiausaha kementerian dan akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan. […]

» Read more

Pemuda UMNO Pejuangkan Pekerja, Tubuh Sekretariat Hal-Ehwal Kebajikan Pekerja-Pekerja Muda

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Menubuhkan Sekretariat Hal-Ehwal Kebajikan Pekerja-Pekerja Muda untuk bekerjasama dengan kesatuan-kesatuan sekerja seluruh Malaysia bagi membantu memperjuangkan isu-isu yang menyentuh kepentingan pekerja muda termasuklah dalam sektor GIG Ekonomi seperti E-Hailing dan P-Hailing. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian dalam kenyataan selepas Mesyuarat Bulanan Exco/Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara atas talian […]

» Read more

Pemuda UMNO Bersama Rakyat, Bantu Bawa Bekalan Air Bersih Untuk Penduduk Terjejas – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemuda UMNO merakamkan penghargaan kepada pihak Ranhill Utilities Berhad yang telah menyediakan dua Portable Water Treatment Plant untuk memproses bekalan air minuman kepada penduduk. Katanya, dengan kapasiti mesin ini ia dapat menghasilkan 240,000 liter air bersih yang boleh diminum setiap hari oleh penduduk yang terjejas. “InsyaAllah… Pemuda UMNO akan sentiasa membantu membawa bekalan air bersih […]

» Read more
1 49 50 51 52 53 282