Pemilihan UMNO: Seramai 383 Calon Layak Bertanding Peringkat Pusat

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) memaklumkan bahawa secara keseluruhannya seramai 383 orang calon layak bertanding pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 di peringkat pusat. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad berkata seramai lapan orang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden, 95 orang calon bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO; Pengerusi Tetap (2 orang) manakala Timbalan Pengerusi […]

» Read more

Pemilihan UMNO Simbolik Silaturahim Terjalin Dalam Kalangan Ahli Parti – JPU

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 ini merupakan simbolik kepada silaturahim yang terjalin dalam kalangan ahli parti. Katanya, pertandingan ini memberikan signifikan tersendiri apabila ramai dalam kalangan pemimpin muda yang menawarkan diri bagi memberikan perkhidmatan mereka kepada parti. “Pemilihan ini boleh mengeratkan silaturahim, kemesraan dalam kalangan […]

» Read more

Agong Berangkat Ke Abu Dhabi, UAE Untuk Lawatan Khas

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.15 petang waktu tempatan (7.15 malam waktu Malaysia), semalam. Keberangkatan […]

» Read more

Pemilihan Bukti Demokrasi Subur, Siti Hajar Tawar Diri Bantu Kukuhkan Kembali UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Demokrasi dalam UMNO masih subur dan amalan ini terus dipelihara dalam parti, kata Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Siti Hajar Mubin. Jelasnya, konsep demokrasi ini telah terbukti sekian lama bagi memperkasakan lagi UMNO biarpun gagal menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. “UMNO sememangnya berkonsepkan demokrasi dan ianya subur apabila ahli parti diberi […]

» Read more

Sekretariat Khas, ‘War Room’ Diwujudkan Tangani Isu Tuntutan Sulu

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Satu Sekretariat Khas telah diwujudkan sebagai pusat tumpuan utama untuk menangani isu tuntutan kumpulan Sulu dalam memastikan perbincangan dan penyelarasan yang lebih teratur, sistematik dan melibatkan semua pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan Sekretariat Khas yang dipersetujui Jemaah Menteri pada 17 Feb lepas itu […]

» Read more

Malaysia Hantar 21 Anggota Pasukan Peninjau Khas Ke Syria – Zambry

SEPANG, 14 Feb – Malaysia menghantar seramai 21 anggota delegasi Pasukan Peninjau Khas ke Syria, bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan negara itu, yang turut dilanda bencana gempa bumi awal bulan ini. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pasukan itu yang diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Shahrir Umum Tidak Pertahan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 4 Feb – Selepas lebih 40 tahun terlibat dalam politik, veteran UMNO Tan Sri Shahrir Ab Samad hari ini mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru yang disandangnya sejak 1980-an dalam pemilihan parti akan datang. Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang akan mencecah umur 74 tahun pada 22 Nov tahun ini berkata, keputusan itu dibuat kerana merasakan […]

» Read more

Penggantungan Keahlian Tidak Jejas Perjalanan UMNO Johor – Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU, 4 Feb – Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti di negeri berkenaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata terdapat beberapa pimpinan UMNO negeri itu sebelum ini juga pernah berdepan tindakan sama, termasuk Tan Sri Shahrir Ab Samad dan Muszaidi Makmor yang kini Ketua UMNO Bahagian […]

» Read more
1 27 28 29 30 31 281