Kunjungan Hormat Duta Khas Perdana Menteri Dan Panglima Angkatan Tentera Australia

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Haji Hasan menerima kunjungan hormat daripada Duta Khas Perdana Menteri dan Panglima Angkatan Tentera Australia, Jeneral Angus J. Campbell, AO, DSC, di Wisma Pertahanan.Di dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak membincangkan isu-isu kerjasama pertahanan di antara negara dan keselamatan serantau. Malaysia dan Australia komited untuk memperkukuhkan dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara ke peringkat yang lebih tinggi.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.