Cuti Sekolah Dilanjutkan Hingga 31 Mac – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 20 Mac – Cuti persekolahan penggal pertama yang akan berakhir pada minggu ini akan dilanjutkan sehingga 31 Mac, menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sekolah yang mula bercuti pada 14 Mac lepas dijadual dibuka semula pada 22 atau 23 Mac. Sehubungan itu, Ismail Sabri menasihatkan orang ramai yang telah menghantar keluarga mereka ke kampung berikutan pelaksanaan […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan: Khidmat Tentera Akan Digunakan Bermula Ahad

PUTRAJAYA, 20 Mac – Khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing, dalam usaha membendung penularan kes COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan yakin dengan bantuan kawalan daripada pihak tentera, perintah itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. “Kita harap […]

» Read more

COVID-19: Lebih Banyak Bank Tampil Beri Kelegaan Sementara – Shahril

KUALA LUMPUR, 20 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memuji langkah institusi kewangan yang tampil menawarkan moratorium atau penangguhan sementara bayaran semula pinjaman bagi meringankan beban individu, syarikat korporat atau perniagaan yang terjejas akibat wabak Covid-19. Menurut beliau berkuatkuasa semalam dan kelmarin, lima buah lagi institusi perbankan tampil menawarkan kelegaan sementara (temporary relief) dalam bentuk moratorium bayaran balik pinjaman […]

» Read more

Pahang Umum Empat Inisiatif Bantu Mereka Terjejas Pendapatan

KUANTAN, 20 Mac – Kerajaan negeri Pahang hari ini mengumumkan empat inisiatif, untuk membantu golongan yang terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, susulan wabak COVID-19. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata insiatif itu termasuklah peruntukan khas RM2 juta daripada kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang akan diagihkan kepada mereka yang layak dengan […]

» Read more

Pelajar IPT Yang Tinggal Di Kampus Diberi Kemudahan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 Mac – Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang tinggal di asrama masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula semalam, diberi kemudahan termasuk untuk mendapatkan makanan, kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Justeru, beliau yang juga Menteri Pertahanan meminta agar mereka terus kekal berada di asrama sepanjang penguatkuasaan perintah itu sehingga 31 Mac. Kemudahan untuk mereka […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan: BNM, KWSP, Khazanah Perlu Proaktif Bantu Rakyat… Antara Cadangan Najib

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mencadangkan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) beberapa langkah bagi menangani masalah yang timbul berikutan tindakan kerajaan menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok, 18 Mac hingga 31 Mac ini. Sebagaimana dalam satu hantaran di Facebook, Najib mengutarakan beberapa cadangan yang berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat […]

» Read more

Covid -19 : Wisma Putra Laksana Persiapan Bawa Pulang Warga Malaysia Di Itali, Iran

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Wisma Putra sedang melaksanakan persiapan rapi bagi membantu melancarkan proses membawa pulang 323 rakyat Malaysia di Itali dan 55 orang di Iran, ekoran penularan COVID-19 yang semakin teruk di kedua-dua negara berkenaan. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persiapan itu termasuk mengenal pasti kedudukan semua rakyat Malaysia di kedua-dua negara serta memastikan mereka […]

» Read more

Shahril Ucap Penghargaan, Akan Galas Amanah Sebaik Mungkin

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahril Sufian Hamdan berkata pelantikannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baharu merupakan satu amanah amat besar sekali. Katanya dalam satu kenyataan, selaku insan kerdil beliau akan cuba sebaik mampu untuk menggalasnya dengan penuh tawadduk sebagai manusia biasa serba kekurangan. “Jutaan penghargaan kepada Presiden, Timbalan, Setiausaha Agung, Naib-naib Presiden […]

» Read more

Kesemua 31 Menteri Kabinet Perikatan Nasional Angkat Sumpah Jawatan

PUTRAJAYA, 10 Mac – Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati di sini, hari ini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah […]

» Read more

Pengalaman, Kepimpinan Reezal Merican Mampu Bawa Sukan Negara Lebih Cemerlang

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) percaya pengalaman, kepimpinan, dan kewibawaan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mampu membawa sukan negara ke aras yang lebih cemerlang dan terbilang di persada antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan, pentadbir Liga Malaysia itu mengalu-alukan pelantikan Reezal Merican sebagai Menteri Belia dan […]

» Read more
1 247 248 249 250 251 285