Sisa Klinikal Negara Meningkat 17 Peratus Sejak Covid-19- Tuan Ibrahim

PUTRAJAYA, 26 Mac – Sisa klinikal dihasilkan pelbagai institusi yang menyediakan perkhidmatan kesihatan meningkat sebanyak 17 peratus susulan wabak COVID-19 sejak awal Februari, kata Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata kementerian menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) mempunyai sistem pengurusan sisa klinikal (buangan terjadual SW404) komprehensif, dengan semua sisa klinikal akan diasingkan di hospital atau klinik, kemudian […]

» Read more

Bung Moktar Seru Rakyat Terus Patuh Arahan Untuk Kekang COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru kepada rakyat dimana sahaja berada agar mematuhi arahan yang diberikan berkaitan langkah bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Percayalah, katanya, sekiranya semua rakyat mematuhi arahan sudah pasti tempoh Perintah Larangan Pergerakan (PKP) akan dapat dipendekkan. “Kita telah lalui krisis menangani virus COVID-19 secara berperingkat, namun virus ini […]

» Read more

MOSTI-KPT Kerjasama Jalankan Ujian Saringan COVID-19

PUTRAJAYA, 25 Mac – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Saringan COVID-19 bagi membuat ujian saringan COVID-19 di 10 makmal diagnostik. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata ujian itu melibatkan makmal diagnostik di institut penyelidikan di bawah MOSTI (sebuah makmal bergerak), institut pengajian tinggi (IPT) serta di […]

» Read more

Johor Umum Peruntukan RM150 Juta Bagi 32 Insentif Tangani Krisis Wabak COVID-19

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM150 juta bagi melaksanakan 32 insentif dalam pakej rangsangan ekonomi negeri untuk menangani krisis penularan COVID-19 di negeri itu. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata enam insentif berjumlah RM12.5 juta telah diumumkan 20 Mac lalu, 15 insentif berjumlah RM17.5 juta diumumkan hari ini manakala baki 11 insentif lain berjumlah RM120 juta […]

» Read more

COVID-19: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Diumum Jumaat Ini – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 25 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh dan akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19, akan diumum Jumaat ini. Perdana Menteri berkata pegawai di Kementerian Kewangan pada masa ini sedang bekerja bertungkus lumus dalam menyediakan pakej berkenaan. “Sama ada anda pemandu teksi, pemandu Grab, […]

» Read more

Kementerian WP Tampil Inisiatif Wilayah Cakna Bantu Urus Impak Penularan COVID-19

PUTRAJAYA, 25 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan Inisiatif Wilayah Cakna dengan peruntukan RM63.6 juta bagi membantu warga Wilayah Persekutuan menguruskan impak penularan wabak COVID-19. Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata sebahagian besarnya iaitu RM54.3 juta adalah untuk membantu golongan miskin bandar, kumpulan B40, pelajar, gelandangan, peniaga kecil dan penjaja. “Sebanyak RM5.9 juta diperuntukkan bagi membantu petugas barisan hadapan yang […]

» Read more

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Sehingga 14 April – PM

PUTRAJAYA, 25 Mac – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, demikian diputuskan kerajaan hari ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelanjutan tempoh itu diumumkan lebih awal supaya rakyat akan lebih bersedia. “Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke […]

» Read more

COVID-19: Sultan Selangor Bimbang Rakyat Degil Patuhi PKP

SHAH ALAM, 24 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan kerana masih ada rakyat yang degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang memasuki hari ketujuh pelaksanaannya sejak 18 Mac lepas. Baginda bertitah kedegilan dan sifat pentingkan diri sendiri dalam situasi kritikal sekarang hanya menyusahkan banyak pihak khususnya petugas barisan hadapan. Sultan Selangor juga menzahirkan kekhuatiran […]

» Read more

COVID-19: Golongan OKU, Asnaf, Warga Emas Dapat Perhatian

SEMENYIH, 24 April, – Ketua Pembangkang Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar Rizam Ismail berkata, wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini memberi tamparan hebat kepada rakyat khususnya golongan asnaf, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan juga warga emas. Menyedari perkara ini, beliau telah mewujudkan talian khas untuk dihubungi penduduk di DUN terbabit agar bantuan […]

» Read more

Perintah: Kadar Pematuhan Meningkat Kepada 95 Peratus – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 24 Mac – Pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini meningkat kepada 95 peratus tetapi terdapat trend rakyat yang pulang ke kampung sebelum ini ingin kembali ke bandar-bandar besar pula. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesesakan di bandar ketika ini semakin berkurang dan jalan raya semakin lengang dengan kadar pematuhan yang tinggi itu […]

» Read more
1 245 246 247 248 249 285