COVID-19: Golongan OKU, Asnaf, Warga Emas Dapat Perhatian

SEMENYIH, 24 April, – Ketua Pembangkang Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar Rizam Ismail berkata, wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini memberi tamparan hebat kepada rakyat khususnya golongan asnaf, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan juga warga emas.

Menyedari perkara ini, beliau telah mewujudkan talian khas untuk dihubungi penduduk di DUN terbabit agar bantuan dapat disampaikan segera.

“Walaupun kerajaan negeri tidak menyalurkan sumbangan, UMNO tetap mendahulukan rakyat dan menghulurkan sumbangan kepada sesiapa yang memerlukan.

“Saya sendiri mengambil inisiatif mewujudkan talian khas agar mereka yang memerlukan dapat dibantu segera. Kita berkongzi rezeki seperti barangan dapur kepada golongam yang amat terasa dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Contohnya OKU dan warga emas, sudah pasti amat sukar untuk mereka bergerak bagi mendapatkan keperluan dapur. Bagi golongan asnaf, pasti kekangan kewangan memberi tekanan kepada mereka,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Rizam, beliau amat berharap dengan inisiatif ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka.

Ketika ditanya mengapa hanya difokuskan kepada DUN tersebut, jelas Rizam, kekangan kewangan menjadi punca ia hanya difokuskan kepada DUN yang diwakili dirinya.

“Walaupun saya ketua pembangkang namun saya tidak dapat menyalurkan bantuan secara menyuluruh tetapi saya sedang usahakan agar inisiatif ini diperkembangkan di seluruh Selangor.

“Kita bukan kerajaan negeri di sini jadi tidak ada peruntukan untuk kita. Itulah yang menyebabkan langkah saya agak terhad tetapi saya akan lakukan yang terbaik untuk memperjuangkan nasib mereka yang terjejas,” tegas beliau.

Bagi penduduk DUN Sungai Air tawar yang memerlukan, bolehlah menghubungi talian 017 263 8937, 019 790 7114 atau 013 584 3177 untuk mendapatkan bantuan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.