Semalam Catat Jumlah Ingkar PKPP Dikompaun Tertinggi Setakat Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 1 Sept – Jumlah mereka yang dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menunjukkan peningkatan mendadak kepada 673, jumlah tertinggi sejak pelaksananaan perintah itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata aktiviti kelab malam merekodkan jumlah yang dikompaun tertinggi iaitu 600 individu, diikuti penjarakan sosial (127) dan gagal merekod butiran pelanggan (14). […]

» Baca lanjut

Kesepakatan Membawa Kejayaan

KOTA KINABALU  1 Sep — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Raden menjulang tangan Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Rahman Dahlan pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepimpinan G9 dan Bahagian Ranau di sini hari ini.  Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Yaakub Khan, Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha Agung UMNO Datuo Seri […]

» Baca lanjut

Selamat Datang

KOTA KINABALU  1 Sep — Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Perjumpaan Khas bersama kepimpinan G9 dan Bahagian Ranau di sini hari ini.  Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Raden.

» Baca lanjut

Wisma Putra Sambut Hari Kebangsaan Dengan Persembahan Orkestra Maya

PUTRAJAYA, 1 Sept. – Wisma Putra menganjurkan konsert orkestra maya yang dipersembahkan oleh 60 pemuzik dari 26 negara bagi memperingati sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-63, hari ini. Persembahan orkestra, berdurasi lebih 40 minit itu, dikendalikan oleh Ahmad Muriz Che Rose, selaku konduktor, dengan pemilihan lagu berkonsepkan patriotik seperti ‘Negaraku’, ‘Cindai’, ‘Puteri Santubong’, ‘Warisan’, ‘Tanah Pusaka’, ‘Bahtera Merdeka’ dan ‘Malaysia Prihatin’. […]

» Baca lanjut

Ingkar PKPP Meningkat Kepada 253 Orang – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Jumlah yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam meningkat kepada 253 orang berbanding 84 pada Sabtu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 219 individu telah dikompaun manakala 32 pula direman dan dua orang dijamin. “Antara kesalahan ingkar arahan termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam […]

» Baca lanjut

Rakyat Malaysia Pikul Amanah Besar Kekal Kedaulatan, Kemerdekaan Negara

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Mengekalkan kemerdekaan, kedaulatan serta keamanan negara sejak 63 tahun lepas merupakan amanah besar yang perlu dipikul oleh seluruh rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata sepertimana yang disebut oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam pemasyhuran kemerdekaan pada 1957, negara hendaklah kekal merdeka dan berdaulat, dan seluruh rakyatnya aman, […]

» Baca lanjut

Perlu Pindaan Akta Untuk Naikkan Kompaun

JOHOR BAHRU, 30 Ogos – Kerajaan perlu membuat pindaan terhadap dua akta jika ingin meneruskan cadangan untuk menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan ingkar peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dua akta itu adalah Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) dan Akta 342 itu […]

» Baca lanjut

Kerajaan Letak ‘Prihatin Rakyat Sebagai Prinsip Utama Bela Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kerajaan Perikatan Nasional akan menjadikan ‘Prihatin Rakyat’ sebagai prinsip panduan utama dalam membela nasib dan mengutamakan kebajikan rakyat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata prinsip ini telah pun diterjemahkan dalam pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan sebelum ini. “Insya-Allah, prinsip Prihatin Rakyat juga akan diterjemahkan dalam Belanjawan 2021 dan apa jua dasar, […]

» Baca lanjut

PDRM Tahan 79 Individu Ingkar Arahan PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Meskipun sudah 81 hari negara berada di bawah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masih ada individu yang melanggar arahan itu dengan 79 orang ditahan atas kesalahan tersebut semalam. Dalam kenyataannya mengenai perkembangan PKPP hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 51 dikompaun manakala 28 lagi direman. […]

» Baca lanjut
1 212 213 214 215 216 275