COVID-19: KPM Perlu Cermat Dan Bijaksana, Ugutan Hanya Buat Rakyat Marah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa kurang selesa dengan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ekoran mahu mengambil tindakan ke atas warga pendidik yang masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19. Ini kerana katanya, seramai 2,000 guru masih enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 itu perlu dikendalikan dengan cermat dan bijaksana. “Mengugut guru terbabit […]

» Read more

Isu Kenaikan Pencen Kepada Golongan B40 Antara Fokus Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Kenaikan bayaran pencen bagi golongan B40 adalah antara persoalan yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) bertanya kepada Perdana Menteri sekiranya kerajaan akan menaikkan bayaran pencen bagi golongan itu selaras dengan kos sara hidup yang tinggi, selain ramai yang kehilangan sumber pendapatan ketika […]

» Read more

Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa Tiga, Kedah Ke Fasa Dua PPN Mulai 1 Okt

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka akan beralih ke Fasa Tiga dalam Pelan Pemulihan Negara berkuat kuasa 1 Okt ini. Kedah pula akan beralih ke Fasa Dua pada tarikh sama, sekali gus menyaksikan tiada lagi negeri berada di Fasa Satu di seluruh negara. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan […]

» Read more

Individu Lengkap Divaksinasi Dibenar Hadir Tonton Perlawanan Sukan Mulai 1 Okt – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Individu yang lengkap divaksinasi dibenarkan hadir menonton perlawanan sukan dan rekreasi, kecuali kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, berkuat kuasa 1 Okt ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 berkata kehadiran itu meliputi sebelum, semasa dan selepas acara, dengan syarat, penonton atau penyokong memakai […]

» Read more

Seramai 10,317 Individu Muflis Sepanjang Tempoh PKP

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Seramai 10,317 individu diisytihar muflis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai Mac 2020 hingga Julai lepas susulan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Memetik data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah individu paling tinggi diisytihar muflis iaitu seramai 2,555 orang, diikuti Wilayah Persekutuan (1,288 orang) dan 792 […]

» Read more

RMK-12 Satu Dokumen Dan Agenda Kritikal – Khaled Nordin

Perdana Menteri telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025. Dokumen lengkap sepanjang 556 muka surat tersebut memuatkan hala tuju serta fokus Malaysia untuk lima tahun akan datang. Antara lain, sembilan pemacu ekonomi negara dengan peruntukan kira-kira RM400 bilion dengan 14 tindakan inovatif. 2. Secara umumnya, RMK-12 masih berkisar tentang sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi. Jadi, ia membayangkan banyak perkara. Misalnya, […]

» Read more

Peluang Pekerjaan Dan Skim Pencen Sosial Mampu Pulihkan Kedudukan Kewangan Rakyat – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berpandangan kerajaan memerlukan penyelesaian yang meliputi jangka masa pendek dan panjang dalam memulihkan kedudukan kewangan rakyat. Katanya ini kerana sebelum program pengeluaran  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan lagi akibat COVID-19 simpanan kewangan rakyat Malaysia sudah berada pada takat yang rendah. “Cabaran jangka pendek ialah untuk memulihkan kedudukan kewangan […]

» Read more

Bayaran BPR Fasa Tiga Dikreditkan Mulai Selasa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai Selasa ini (28 Sept) secara berperingkat. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran itu yang akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR dijangka selesai pada 30 […]

» Read more

Sarawak Mula Beri Dos Penggalak Oktober – Khairy

KUCHING, 26 Sept – Sarawak akan memulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 pada bulan Oktober ini sekali gus menjadi negeri pertama yang memulakan inisiatif berkenaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyediakan garis panduan klinikal mengenai pelaksanaan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 itu, dan ia akan memberi fokus kepada golongan berisiko tinggi berusia 60 tahun […]

» Read more

83.1 Peratus Individu Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Seramai 19,454,273 individu, atau 83.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitternya hari ini memaklumkan sebanyak 93.7 peratus atau 21,923,560 individu daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam. Sementara itu […]

» Read more
1 185 186 187 188 189 284