Rentas Negeri Dibenarkan Mulai Esok – PM

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara berkuat kuasa esok. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus. “Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada […]

» Read more

Langkah Kerajaan Beri Tumpuan Tiga Isu Berlarutan Amat Dialu-Alukan

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Keputusan Kerajaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung tiga isu panas yang hangat diperkatakan hingga ke hari ini amat dialu-alukan. Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari berkata keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kabinet untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim amat dialu-alukan. Begitu juga katanya […]

» Read more

KKM Sudah Sediakan SOP Sekiranya PRN Melaksa Dilaksanakan – Khairy

SEREMBAN, 9 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyediakan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan sedia berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya ia dilaksanakan. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu keputusan daripada jemaah menteri berhubung pelaksanaan PRN itu sebelum SOP berkenaan diperincikan. “KKM sudah memberi pandangan kepada jemaah menteri semalam berkenaan SOP PRN Melaka dan kita serah kepada jemaah […]

» Read more

RMK12 Dilulus, Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas Berbaki Dua Hari

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Minggu keempat Dewan Rakyat menyaksikan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), rancangan lima tahun baharu negara dilulus selepas empat hari dibahas dan melalui sesi penggulungan 27 kementerian. Sebanyak 106 Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia bagi tempoh 2021-2025 itu selepas dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 […]

» Read more

PRN Melaka: KKM Bentang Syor Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Esok – Khairy

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Syor Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik mengenai pelaksanaan Pilihan Raya Negeri Melaka akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata pilihan raya negeri itu bukan sahaja melibatkan faktor kesihatan, malah ia menyentuh isu perundangan dan perlembagaan. “Kita (Kementerian Kesihatan) akan bincangkan sekali lagi dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok. Ini melibatkan […]

» Read more

Penggulungan Hari Terakhir RMK12 Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Hari terakhir sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini akan melibatkan tiga kementerian selain lima portfolio di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Tiga kementerian itu ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Belia dan Sukan. Lima portfolio di bawah JPM pula ialah Parlimen dan Undang-Undang, Ekonomi, Hal […]

» Read more

PPN: Johor Beralih Ke Fasa Tiga, Pahang Ke Fasa Empat 8 Okt Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Johor bakal beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Pahang pula beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 Okt ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau dalam kenyataan berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini. “Peralihan fasa ini dibuat mengikut garis panduan yang […]

» Read more

Perak Sedia Terima ‘Arus Rentas Negeri’ – MB

IPOH, 6 Okt – Perak tidak akan menolak ‘arus rentas negeri’ sebaliknya bersedia menerima kehadiran pelawat dan pelancong sebagaimana hasrat kerajaan untuk membenarkan kelonggaran tersebut apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa. Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pihak berwajib termasuk pihak berkuasa tempatan dan pemain industri pelancongan akan bersiapsiaga dalam mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang […]

» Read more

SPR Terima Notis Pembubaran DUN Melaka

PUTRAJAYA, 5 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14, kata Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt itu daripada Speaker DUN Melaka. Ikmalrudin berkata berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri […]

» Read more

Tidak Timbul Percanggahan Kepentingan Jika Azalina Pengerusikan Sidang Parlimen

Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Kedudukan Datuk Seri Azalina Othman Said yang dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri, tidak akan menimbulkan isu percanggahan kepentingan, untuk mempengerusikan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata jawatan Ahli Parlimen Pengerang sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri itu, bukan berstatus menteri dan tidak menjadikan Azalina sebahagian daripada pihak pentadbiran […]

» Read more
1 183 184 185 186 187 284