PSSC Rancang Kemuka Hala Tuju Komprehensif Sistem Keadilan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial (PSCC) Parlimen merancang untuk mengemukakan satu set cadangan atau hala tuju komprehensif mengenai mangsa dan saksi kanak-kanak dalam sistem keadilan. Pengerusinya Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan saranan tersebut adalah hasil daripada lawatan empat hari jawatankuasa itu ke London yang berakhir Khamis (26 Mei) […]

» Baca lanjut

KKM Sedia Lima Pelan Strategi Hadapi Risiko Jangkitan Cacar Monyet

KUALA LUMPUR, 27 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan lima pelan strategi bagi menghadapi risiko kemasukan wabak cacar monyet atau monkeypox ke Malaysia. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merangkumi pengesanan awal kes, memperkukuh diagnostik, pengurusan kes, pengurusan kluster/wabak dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti. “Strategi menangani monkeypox di Malaysia objektif umumnya adalah untuk kita mencegah kemasukan dan penularan jangkitan […]

» Baca lanjut

Pahang Lulus Peruntukan RM35 Juta Tingkat Pengurusan Kecekapan Banjir

KUANTAN, 26 Mei – Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan RM35 juta untuk melaksanakan perolehan dan perbelanjaan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan banjir di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata keputusan yang dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) semalam, membabitkan pembinaan enam pusat pemindahan banjir kekal, pembinaan landasan pendaratan helikopter dan pembelian instrumen sistem amaran […]

» Baca lanjut

MB Kedah Perlu Fokus Tangani Keperluan Rakyat, Elak Cetus Polemik Lain – Shaiful

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Nor diminta untuk lebih serius dalam menangani keperluan asas rakyat seperti masalah air yang dihadapi ketika ini berbanding menyentuh isu lain yang dibimbangi mencetuskan polemik, tegas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin. Katanya, ini kerana rakyat negeri terbabit sudah semakin muak dengan gangguan bekalan […]

» Baca lanjut

Ismail Sabri Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan Dari Universiti Nihon

TOKYO, 24 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang merupakan antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun. Anugerah itu adalah sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Ismail Sabri dalam memerangi pandemik COVID-19. Ismail Sabri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon Dr Naoto Kato di universiti […]

» Baca lanjut

Dasar Pengantarabangsaan Bahasa Melayu Amat Baik, Banyak Negara Maju Martabat Bahasa Ibunda

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyokong penuh usaha pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan pusat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ciapnya di twitter, usaha tersebut memerlukan kerjasama semua pihak termasuk menterjemahkan buku dan karya ilmu dari pelbagai bahasa. “Pengantarabangsaan Bahasa #Melayu & (dan) peningkatan penggunaannya adalah suatu dasar amat […]

» Baca lanjut

Kerajaan Lulus Peruntukan Pembangunan RM132.4 Juta Kepada JBPM

KEPALA BATAS, 22 Mei – Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 bagi menambah baik kesiapsiagaan dan kebajikan anggota. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap perkembangan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara, pelbagai usaha diambil bagi memenuhi komitmen perkhidmatan terhadap […]

» Baca lanjut

Hishammuddin Lancar Blueprint Perumahan 3.0, Tambah Baik Kebajikan Anggota, Veteran ATM

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pra-Pelancaran Blueprint (Rangka Tindakan) Perumahan 3.0 hari ini adalah untuk menambah baik agenda perumahan demi kepentingan kebajikan anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta keluarga mereka, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata blueprint itu dibina dengan berlandaskan tiga objektif utama iaitu pembinaan, penyelenggaraan dan pemilikan. “Ia merupakan kesinambungan daripada […]

» Baca lanjut
1 154 155 156 157 158 279