Alhamdulilah… 12 Orang Rakyat Malaysia Di Turkiye Selamat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri melahirkan rasa syukur apabila mendapat laporan bahawa 12 rakyat Malaysia yang sedang berada di Turkiye berada dalam keadaan selamat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut melahirkan rasa dukacita di atas musibah yang melanda wilayah selatan Turkiye dan utara Syria serta mengorbankan ribuan nyawa. “Saya amat berdukacita dengan […]

» Read more

Kedutaan Turkiye Hargai Bantuan Pantas Kerajaan Malaysia Dalam SAR Gempa Bumi

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kedutaan Turkiye di Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda Turkiye pada Isnin. Kedutaan itu dalam ciapannya turut menyiarkan beberapa keping gambar dan video mengenai penghantaran anggota SMART ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa […]

» Read more

70 Anggota Pasukan SMART Berlepas Ke Turkiye Untuk Misi SAR Mangsa Gempa Bumi

SEPANG, 7 Feb – Malaysia menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye bagi membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terjejas. Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Wisma Putra dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

» Read more

Gempa Bumi Turkiye: Asyraf Doakan Agar Urusan Pasukan SMART Dipermudahkan

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendoakan agar segala urusan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dipermudahkan bagi membantu kerja-kerja menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye. Beliau turut berharap agar mereka dapat pergi dan pulang dalam keadaan selamat. “Moga Allah permudahkan Pasukan SMART seramai 75 orang yang akan dihantar ke Turkiye […]

» Read more

Kembalilah Bertaut Dan Bermuafakat… Demi Kelangsungan Parti Keramat Ini – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru agar semua pimpinan UMNO Johor kembali bertaut dan bermuafakat demi kelangsungan parti keramat ini. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO negeri yang pertama pada tahun ini. “Mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan […]

» Read more

Kerajaan Cadang Usahakan Tanah Terbiar Untuk Pertanian Moden – Ahmad

SEREMBAN, 1 Feb – Kerajaan Persekutuan menerusi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Kewangan (MoF) sedang mencari tanah terbiar di negeri-negeri untuk disewa atau dipajak bagi mewujudkan projek pertanian moden. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat keperluan mengenai perkara tersebut terutamanya dalam usaha untuk memastikan sekuriti makanan negara terjamin. “Ini antara maklum balas dalam sesi Dialog […]

» Read more

Kemelut Politik Sabah: Tempoh Bertenang Cari Titik Penyelesaian – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 30 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kini adalah tempoh bertenang untuk semua pihak mencari titik persamaan dan memahami perbezaan antara satu sama lain bagi mencari jalan penyelesaian kemelut politik di Sabah. Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata penyelesaian juga memerlukan persefahaman dua hala antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama rakan […]

» Read more
1 141 142 143 144 145 285