Bonda Sultan Mizan Mangkat

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – Bonda Sultan Terengganu Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada 3.17 pagi ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam kenyataan media berkata jenazah Allahyarham dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari. Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke […]

» Read more

Rakyat Berharap Kerajaan Negeri Kedah Senada, Seirama Dengan Kerajaan Persekutuan

  BUKIT KAYU HITAM, 3 Ogos – Tinjauan UMNO Online mendapati kebanyakan rakyat Kedah kini inginkan perubahan dan mahu kerajaan negeri sealiran dengan kerajaan persekutuan. Mereka berpandangan, ini bagi manfaat rakyat terutama berkaitan pembangunan infrastruktur, kemakmuran ekonomi, kebajikan pesawah dan sebagainya terus mendapat perhatian yang sewajarnya. Bagi seorang pesara kerajaan, Jazli Fadhil, 60 tahun, berkata negeri Kedah merupakan sebuah negeri […]

» Read more

Nik Normi Hasrat Bina Sebuah Pusat Tahfiz Di DUN Chempaka

PENGKALAN CHEPA, 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Nik Normi Nik Ayub berhasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz di kawasan ditandingi sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Jelasnya, pelbagai gerak kerja juga telah dilakukan sepanjang tempoh berkempen ini bagi mendekati para pengundi di kawasan tersebut. “Alhamdulilah setakat ini […]

» Read more

Perjumpaan Anwar Dengan MIC Jelas Kebersamaan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Perjumpaan khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kepimpinan MIC Kebangsaan hari ini menunjukkan kebersamaan dan solidariti dalam kalangan parti di bawah Kerajaan Perpaduan dan Barisan Nasional (BN). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada pertemuan itu, MIC juga menyatakan pandangan dan hasrat bagi menjayakan agenda Kerajaan Perpaduan serta menunjukkan […]

» Read more

PRN: Jangan Ada Sabotaj Dalam Parti – Ahmad Zahid

SEREMBAN, 2 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua ahli parti komponen itu supaya tidak melakukan sabotaj dan menjadi duri dalam daging pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Presiden UMNO itu berkata walaupun ketika ini tiada sebarang laporan rasmi diterima daripada Lembaga Disiplin parti namun beliau tidak sama sekali mahu perkara […]

» Read more

PH-BN P. Pinang Lancar Manifesto Perpaduan

BUTTERWORTH, 2 Ogos – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang malam tadi melancarkan Manifesto Perpaduan dengan 16 tema utama antaranya cakna kebajikan dan memperjuang sosioekonomi rakyat. Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang Zairil Khir Johari ketika membentangkan manifesto itu berkata tawaran itu adalah kesinambungan kepada dasar, polisi dan rekod prestasi kerajaan negeri selama 15 tahun ini. Manifesto berkenaan […]

» Read more

Kerajaan Sasar Kadar Kemiskinan Luar Bandar Bawah 10 Peratus Tahun Depan- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan menyasarkan kadar kemiskinan luar bandar dapat diturunkan ke paras bawah 10 peratus menjelang tahun hadapan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata ketika ini kadar kemiskinan luar bandar berada pada paras 12 peratus berbanding 12.9 peratus sebelumnya. “Kita lihat sebanyak 130,000 ketua isi […]

» Read more

Pengumuman Insentif Kepada Rakyat Bukan Disebabkan PRN – Ahmad Maslan

PUTRAJAYA, 28 Julai – Pengumuman beberapa insentif untuk rakyat oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Dalam sidang media selepas melancarkan sistem iPATUH di sini hari, Ahmad berkata kerajaan berhak untuk membuat pengumuman sebarang insentif kepada rakyat pada bila-bila masa sahaja. “Takkan kalau ada pilihan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Gagal Urus Bekalan Elektrik, Pelabur Di KRC Hampir Tarik Diri

PADANG TERAP, 27 Julai – Kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan masalah kemasukan bekalan elektrik di Kedah Rubber City (KRC) di Padang Sanai dekat sini, hampir menyebabkan salah satu daripada dua pelabur menarik diri jika masalah itu gagal diselesaikan segera. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sehingga kini tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu dalam […]

» Read more
1 133 134 135 136 137 286