Amizar Abu Adam Calon BN PRK DUN Pelangai

BENTONG, 20 Sept – Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong Datuk Amizar Abu Adam diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, 7 Okt ini. Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika membuat pengumuman itu berkata pemilihan Amizar, 50, dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad […]

» Read more

Segerakan RCI Memoir Tommy Thomas, Tun Mahathir Punca Ketidakstabilan Negara – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Tun Dr Mahathir telah memuat naik satu kenyataan di Facebook beliau mengenai keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Dalam hal ini, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menganggap bahawa dengan keadaan Tun Mahathir ternyata sangat emosional dan berniat jahat di samping ada beberapa pembuktian komplot dan […]

» Read more

Isu DNAA: Semua pihak Dinasihat Bertanggungjawab, Tidak Keluarkan Kenyataan Kelirukan Masyarakat

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan semua pihak agar bertanggungjawab serta tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat berikutan isu Discharge Not Amounting To Acquittal (DNAA) yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan ia tiada dalam Islam. Ini kerana katanya kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah tidak tepat […]

» Read more

Saya Tiada Hak Buat Ulasan, Tanya Peguam Negara – Ahmad Zahid

BATU PAHAT, 8 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Peguam Negara yang baharu dan pasukan pendakwa raya untuk memberi penjelasan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskannya (DNAA) dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata sebagai orang yang terlibat dalam kes berkenaan, beliau tidak mempunyai hak […]

» Read more

Kekalkan Kestabilan Johor Sebagai Negeri Barisan Hadapan Ekonomi Malaysia

MUAR, 4 Sept – Rakyat Johor, khususnya pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram dan Pulai, perlu memastikan kemenangan berpihak kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi mengukuhkan pentadbiran sedia ada sekali gus menguatkan lagi negeri itu sebagai barisan hadapan ekonomi Malaysia. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Johor yang sudah maju di bawah pentadbiran […]

» Read more

Muhyiddin Perlu Bertaubat, Jangan Bermain Soal Akidah – Tok Mat

JOHOR BAHRU, 3 Sept – Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertaubat susulan kenyataan beliau yang mengharamkan undian kepada calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, atau Tok Mat, berkata Muhyiddin seharusnya bersikap budiman dengan menerangkan hala tuju atau perancangan parti kepada pengundi ketika berkempen […]

» Read more

Rakyat Bosan Dakwaan Tidak Masuk Akal Abdul Hadi – Mohd Hairi

JOHOR BAHRU, 1 Sept – Parti Pas dan Perikatan Nasional (PN) seharusnya mengutamakan tawaran dan agenda yang ingin dibawa di negeri ini sebagai bahan kempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dan bukannya retorik kosong tentang perubahan kerajaan Pusat. Naib Ketua Pemuda UMNO Mohd Hairi Mad Shah berkata ini kerana rakyat khususnya […]

» Read more

Nazri Abdul Rahman Dikenali, Disenangi Rakyat DUN Simpang Jeram – Azman

BAKRI, 1 Sept – Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail berkeyakinan bahawa calon Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Ir Nazri Abdul Rahman adalah calon yang berwibawa bagi mempertahankan kerusi ini. Katanya, beliau cukup dikenali dan mudah diterima oleh masyarakat tempatan lebih-lebih lagi beliau anak jati di kawasan Simpang Jeram. “Saya yakin calon yang […]

» Read more

Kuasa Nujum Tun M Patut Guna Di Langkawi, Bukan Johor – Shahrir

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menempelak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan masa depan UMNO Johor. Menyindir bekas Perdana Menteri itu sebagai mempunyai kuasa nujum, beliau berkata Tun Mahathir sepatutnya menilik dirinya terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. “Hebat […]

» Read more

Temu Anwar Di UTM Skudai Ahad Ini

JOHOR BAHRU, 1 Sept – Program dialog Temu Anwar yang memberi ruang kepada masyarakat, khususnya anak muda, untuk mengutarakan soalan secara langsung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, dekat sini, Ahad ini. Anwar, menerusi hantaran di Facebook mengajak orang ramai menyertai program tersebut. “Ayuh warga Johor Bahru ikut […]

» Read more
1 79 80 81 82 83 160