Kebolehan Azeez Berbahasa Tamil Meriahkan Kempen PRK Pelangai

BENTONG, 6 Okt – Kebolehan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berbahasa Tamil memeriahkan lagi kempen Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai malam tadi.

Berbaki beberapa jam sahaja lagi tempoh kempen berakhir, Datuk Seri Abdul Aziz dan pimpinan MIC, yang disertai timbalannya, Datuk Seri M.Saravanan dan pimpinan setempat yang lain beramah mesra bersama masyarakat India pada Majlis Mesra Rakyat di Rumah Pangsa Telemong.

Apa yang menarik, kepetahan Datuk Abdul Aziz berbahasa Tamil bukan sahaja memberi kejutan kepada masyarakat setempat malah menarik tumpuan masyarakat lain yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Menerusi ucapannya, Abdul

Azeez memaklumkan  beliau diundang oleh rakan komponan BN, MIC untuk bersama-sama di dalam program berkenaan yang dianjurkan Persatuan Kemajuan Komuniti Pahang.

Sejurus kemudian beliau meneruskan ucapannya dalam bahasa Tamil dan kepetahannya  ternyata menarik tumpuan mereka yang hadir.

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam yang turut singgah pada program tersebut turut dioerkenalkan Datuk Abdul Azez menerusi Bahasa Tamil kepada mereka uang hadir.

Terdahulu pada sebelah petang tadi, Abdul Azeez turut berkesempatan bertemu dengan anak-anak Kedah di Felda Chemomoi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anak Kedah.

Selain majlis tahlil dan doa selamat, sesi santai berkenaan turut memberi ruang kepada anak-anak Kedah yang berada di kawasan tersebut untuk bersua muka dan bersantai bersama Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.