Gelombang Penolakan Terhadap BN Di Kedah Sudah Reda – Mahdzir

KUALA NERANG, 31 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda. Mahdzir yang juga calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu percaya sokongan pengundi terhadap BN sudah kembali seperti sebelum PRU15 lepas. “Gelombang yang berlaku pada November lalu (PRU15) […]

» Read more

Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Terbaik Harungi Minggu Kempen

KUALA PILAH, 31 Julai – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad percaya dengan komitmen dimainkan jentera Wanita UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam mengharungi tempoh berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, ini termasuk di antara gabungan Wanita tempatan dan bahagian angkat yang bekerjasama dalam melaksanakan gerak kerja terbaik untuk parti. “Kita lipatgandakan usaha kerana kekuatan Wanita UMNO adalah […]

» Read more

Ahmad Zahid Optimis Kedah, Terengganu Boleh Dimenangi BN-PH

KOTA BHARU, 29 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah akan dapat dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Beliau berkata ia kerana Terengganu dan Kedah yang boleh dianggap sebagai ‘swing state’ pernah bertukar pemerintahan beberapa kali antara BN dan PAS. […]

» Read more

PRN: Jangan Jadikan ‘Bossku’ Untuk Tarik Perhatian, Sokong Penuh Kepimpinan UMNO – Sharif Musa

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul mengecam mana-mana pihak yang sengaja menggunakan ‘Bossku’ bagi menarik perhatian termasuklah mendapatkan undi simpati sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Beliau berkata demikian susulan Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz yang dipetik berkata penyokong ‘Bossku’ mengesahkan akan memberi sokongan […]

» Read more

Gabungan PH, BN Lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah

SUNGAI PETANI, 28 Julai – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah malam ini melancarkan manifesto gabungan itu yang mengandungi empat teras utama sebagai tawaran kepada rakyat Kedah sekiranya berjaya merampas negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini. Empat teras itu adalah reformasi politik dan urus tadbir yang telus; pembangunan dan pengurusan ekonomi yang progresif; pembangunan […]

» Read more

PRN: Penampilan 23 Peratus Calon Pemuda UMNO Bukti Parti Terbuka Dengan Bakat Muda Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Penampilan 23 peratus calon daripada sayap Pergerakan Pemuda UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini menunjukkan keterbukaan parti terhadap bakat muda UMNO. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah berani parti tersebut turut disulami dengan semangat untuk menawarkan yang terbaik dari kalangan terbaik kepada para pengundi. “PRN di enam buah […]

» Read more

Keahlian Harrison Dalam UMNO Gugur Secara Automatik – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 27 Julai – Keahlian Datuk Harrison Hassan sebagai ahli UMNO, digugurkan selepas beliau diumumkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) mewakili Perikatan Nasional (PN), kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata pengguguran keahlian Harrison, adalah secara automatik selaras dengan perlembagaan UMNO dan peraturan dalam Lembaga Disiplin […]

» Read more

Masyarakat Siam Kedah Diyakini Bersama BN-PH

ALOR SETAR, 26 Julai – Masyarakat Siam di Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sokongan itu dinyatakan hasil perjumpaan bersama hampir 40 kepimpinan masyarakat Siam dari seluruh Kedah. “Kita adakan diskusi ini adalah untuk membincangkan perkara termasuk isu […]

» Read more

Isu REE: MB Kedah Tidak Perlu Lagi ‘Sorok Di Bawah Karpet’ – Mahdzir

ALOR SETAR, 25 Julai – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor perlu berterus-terang kepada rakyat berkaitan isu perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) di Sik dan tidak perlu lagi menyorokkannya di bawah ‘karpet’. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Muhammad Sanusi juga tidak sepatutnya memberi jawapan kononnya tidak tahu-menahu mengenai urusan pentadbiran Perbadanan Menteri […]

» Read more
1 24 25 26 27 28 170