COVID-19: Tak Setuju Individu Positif Tak Bergejala Kuarantin Di Rumah – Najib

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak amat tidak bersetuju dengan cadangan untuk pesakit yang positif COVID-19 tidak bergejala untuk kuarantin di rumah sendiri. Kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu, beliau mengetahui pendekatan tersebut digunakan oleh negara-negara barat tetapi negara-negara itu juga yang merekodkan ratusan ribu atau jutaan kes COVID-19. “Tiada jaminan […]

» Read more

Redakan ‘Political Climate’: Gencatan Politik Demi Kestabilan Dan Kepentingan Rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menyambut baik dan memberi sokongan penuh terhadap kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan gencatan politik, demi kestabilan politik dan kepentingan rakyat. Pengerusinya Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sesungguhnya ia adalah satu keputusan bertanggungjawab dan bijaksana supaya memastikan kerajaan mempunyai ruang yang cukup untuk memberi […]

» Read more

26 Daerah Zon Merah Bagi Tempoh 14 Hari Lepas – CPRC

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Sebanyak 26 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari iaitu dari 7 hingga 20 Okt, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia. Berdasarkan senarai yang diberikan CPRC, Sabah mencatatkan jumlah zon merah tertinggi dengan 16 daerah manakala Selangor mencatatkan lima daerah, masing-masing dua daerah di Kedah […]

» Read more

PKPB Di Kampung Padang Che Mas, Baling Berkuat Kuasa 18 Hingga 31 Okt

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kampung Padang Che Mas di Baling, Kedah berkuat kuasa dari 18 hingga 31 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu dibuat pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, selepas mendengar cadangan daripada MKN negeri Kedah mengenai […]

» Read more

Agong Mahu Ahli Politik Bermuhasabah, Tidak Ulangi Kancah Politik Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati semua rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah agar negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka memberi ingatan itu kerana negara masih lagi berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan […]

» Read more

Pertikai Wakil PAS…Tindakan Dap Dibidas – Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Dap berhubung lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Menerusi kenyataannya di facebook beliau, Asyraf seterusnya berkata apa salahnya wakil PAS dilantik sebagai ADUN lantikan Sabah dan telah terbukti parti berkenaan sebelum ini […]

» Read more

COVID-19: 374 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Lepasi 15,000

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga digit untuk 10 hari berturut-turut dengan 374 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan melepasi angka 15,000 kepada 15,096. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan juga meningkat kepada 4,161 kes, selain terdapat tiga lagi kematian dilaporkan. Jelasnya, […]

» Read more

PKPB Di Zon Merah Dilaksanakan Bermula 9 Okt Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt ini susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan ini diambil bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut, serta membolehkan […]

» Read more

COVID-19: Malaysia Rekod 489 Kes Baharu, Dua Kluster Baharu Dikesan – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Okt – Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini menurun berbanding semalam namun tetap merekodkan tiga angka dengan mencatatkan 489 kes dan kemunculan dua kluster baharu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 487 merupakan penularan tempatan dan dua lagi merupakan kes import. “Daripada 487 kes penularan […]

» Read more
1 147 148 149 150 151 170