PRN: Kolaborasi PH Dan BN Beri Kelebihan Pertahankan Negeri Sembilan

SEREMBAN, 1 Julai – Permuafakatan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), dilihat mampu memberikan kelebihan kepada gabungan itu untuk mempertahankan Negeri Sembilan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Mengambil kira prestasi kedua-dua parti itu yang berjaya mendominasi kesemua lapan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan BN menguasai lima dan PH tiga, adalah tidak […]

» Read more

PRN: BN Tanding 45 Peratus Kerusi DUN, PH 55 Peratus – Ahmad Zahid

CHUKAI, 1 Julai – Barisan Nasional (BN) dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN), manakala selebihnya akan ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH). Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat, berdasarkan kedudukan semasa kerusi yang dimenangi oleh BN dan PH, pada pilihan […]

» Read more

DUN Terengganu Bubar Secara Rasmi, Kerajaan Negeri Ditadbir ‘Caretaker’

KUALA TERENGGANU, 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat, 30 Jun ini. Yang Dipertua DUN Terengganu Datuk Yahaya Ali memaklumkan kepada Bernama, wakilnya telah menyerahkan watikah pembubaran kepada Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu Muhammad Salahuddin Salleh, semalam. Susulan pembubaran itu, bermula hari ini […]

» Read more

DUN Pulau Pinang Rasmi Bubar Hari Ini, Beri Laluan Kepada PRN

GEORGE TOWN, 28 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN). Pembubaran itu, lebih awal berbanding tempoh mandat lima tahun yang akan berakhir pada 2 Ogos ini, susulan pengumuman Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada sidang medianya semalam, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua […]

» Read more

Pas Terengganu Ibarat ‘Telunjuk Lurus, Kelingking Berkait’ – Ahmad Said

MARANG, 27 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan sikap Pas di negeri itu seperti ‘telunjuk lurus, kelingking berkait’. Jelasnya, pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh Pas semasa pemerintahan mereka bermula sejak tahun 1999. “Kita lihat tadi apa kekejaman yang dilakukan oleh Pas. Bermula pada tahun 1999 dahulu, tadika ditutup, mesin jahit kita dirampas. Tidak […]

» Read more

PRN: BN Negeri Sembilan Yakin Dapat Dua Lagi Kerusi

KAJANG, 26 Jun – Barisan Nasional (BN) telah memohon untuk mendapatkan dua kerusi tambahan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan iaitu masing-masing satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam Parlimen Seremban dan Parlimen Jelebu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata BN telah ditawarkan 16 kerusi DUN dan membuat permohonan itu […]

» Read more

PRN: ‘Jom Kalih’ Bagi Sama BN – Muhamad Khizri

KUALA LUMPUR, 26 Jun – ‘Kalih bagi sama’ ini bermakna kerajaan negeri Kedah mesti seiring dengan kerajaan pusat, demikian tegasnya Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim. Jelasnya, apabila kerajaan negeri seiring banyak perkara yang manfaat rakyat dapat terutamanya dalam negeri Kedah. “Saya harap rakyat Kedah ‘kalih bagi sama’ dan seiring dengan kerajaan negeri dan pusat. Sekiranya kerajaan […]

» Read more

Kenyataan Peribadi Pemimpin Parti Tidak Gambar Pendirian BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kenyataan mana-mana pemimpin utama daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak menggambarkan pendirian rasmi gabungan itu terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam situasi genting terutamanya menjelang PRN di enam negeri, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti komponen yang bertenangan dengan […]

» Read more

Gelombang Biru Banjiri Dataran Alor Limbat, Demam PRN Mula Dirasai

MARANG, 23 Jun – Gelombang Biru 2.0 membanjiri Dataran Alor Limbat, semalam sekaligus menandakan bahawa bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu telah bermula. Bermula seawal jam 9.30 malam, majlis ini dihadiri oleh para pemimpin setempat dan juga negeri angkat yang bakal membantu proses berkempen para jentera. Majlis Gelombang Biru 2.0 ini mempunyai dua elemen iaitu Ceramah Perdana yang disampaikan […]

» Read more

DUN Selangor Bubar Secara Rasmi Hari Ini

SHAH ALAM, 23 Jun – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan. Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Ini bermakna DUN Selangor yang mempunyai 56 […]

» Read more
1 103 104 105 106 107 160