Petugas Barisan Hadapan Terus Dihargai, Pemuda UMNO Beaufort Cakna Hulur Sumbangan

KUALA PENYU, 18 Jan – Menyedari tanggungjawab terhadap jasa serta sumbangan petugas barisan hadapan dalam menangani penularan korona Virus Covid-19 yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran Pegerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort tampil mengulurkan sumbangan. Penolong Setiausahanya Fadthul Radzi Lee berkata walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa namun atas rasa tanggungjawab menghargai serta memberikan sokongan kepada mereka yang bertugas di barisan […]

» Read more

Penggabungan EcoWorld, UEM Sunrise Batal: Pemuda UMNO Akan Terus Jadi Jurubicara Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 15 Jan – “Ternyata suara rakyat suara keramat! Biarlah apa orang nak kata, Pemuda UMNO akan terus menjadi jurubicara rakyat tanpa gusar, jauh sekali mengharapkan apa-apa imbuhan.” Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran di Facebook, sambil meninggalkan tanda pagar #PemudaJurubicaraRakyat dan #TradisiMembelaRakyat merujuk kepada laporan media mengenai pembatalan penggabungan antara […]

» Read more

Cadangan Pindaan Akta Tabung Haji 1995: Jangan Sesekali Cuba Dipinda Hak Jaminan Pendeposit, Tegas Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Facebook beliau yang menyatakan bahawa satu usaha sedang dijalankan oleh pihaknya dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyemak semula ketetapan Jaminan Kerajaan termasuklah kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda […]

» Read more

Banjir: Kerajaan Disaran Peruntuk Dana Khas Bantu Mangsa – Pemuda UMNO Temerloh

TEMERLOH, 12 Jan – Kerajaan disaran untuk memberikan peruntukan khas kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka menanggung kos kerugian membaiki rumah. Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit berkata, pihaknya sudah pun melakukan operasi pembersihan kawasan yang terjejas namun bantuan daripada kerajaan juga amat diperlukan. Menurutnya, rumah yang terjejas mengalami pelbagai […]

» Read more

Skuad Sabil Pemuda UMNO Turut Bantu Bersihkan Rumah Ibadah Bukan Islam – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO hari ini bukan sahaja menghulurkan bantuan dan menawarkan khidmat membersihkan tempat-tempat ibadah Islam malah rumah ibadah bukan Islam. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keterbukaan Islam menggariskan agar umatnya saling bantu membantu antara satu dengan yang lain. “Prinsip menolong atas dasar taqwa dan kebajikan sebagaimana saranan Allah tidak menghalang […]

» Read more

Pemuda UMNO, Anggota Skuad Sabil Bantu Musibah Banjir Di Pahang, Johor, Terengganu

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Skuad Sabil Kebangsaan akan mula mengerahkan 2,000 anggota sukarelawan Skuad Sabil daripada seluruh negeri-negeri di Semananjung Malaysia untuk turun membantu mangsa-mangsa banjir di tiga negeri yang terjejas teruk terutamanya Pahang, Johor dan Terengganu. Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan gerak kerja sukarelawan Skuad Sabil ini akan […]

» Read more
1 41 42 43 44 45 593