Dakwaan Jual Tanah DBKL : Tengku Adnan Cabar Ahli Parlimen Cheras Buat Tuduhan Luar Dewan

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencabar ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai supaya mengulangi tuduhan kononnya beliau mengizinkan tanah-tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijual tanpa mengikut prosedur di luar Dewan Rakyat. Jelas beliau, sekiranya Kok Wai mengulangi pertuduhan tersebut diluar Dewan, sudah pasti beliau akan mengambil tindakan mahkamah bagi […]

» Read more

Momokan Ekonomi Negara Teruk Dan Hampir Muflis Terjawab – Khairy

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal  RMK-11 menyifatkan pembentangan kajian separuh penggal setebal 400 muka surat menunjukkan bahawa apa yang dimomokkan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu terjawab. “Beberapa tempoh sebelum pilihan raya yang lepas rakyat dimomokkan  bahawa negara kita hampir muflis, kerajaan pada waktu gagal mengemudi ekonomi […]

» Read more

Turun Ke Bawah Perjelas Hala Tuju Parti, Perkasa Saluran Media Alternatif – Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Wakil Wilayah Persekutuan, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, UMNO harus segera memulihkan parti dan pemimpin parti perlu menunjukkan contoh yang baik selain memperkasakan saluran media alternatif dan gerakan media sosial parti untuk menyampaikan mesej yang sahih kepada rakyat. Jelas beliau, Presiden dan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga perlu segera turun ke bawah untuk menjelaskan […]

» Read more

Tutup Pusat Tahfiz Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasa amat kecewa dengan keputusan Menteri Wilayah untuk menutup semua Pusat Tahfiz yang tidak berdaftar dan menyifatkan tindakan itu seolah-olah bersikap berlepas tangan daripada tanggungjawab sebuah kerajaan pemerintah. Menurut beliau, memang benar banyak Pusat Tahfiz yang tidak berdaftar di dalam keadaan yang uzur dan boleh mendatangkan bahaya […]

» Read more

Kenyataan Mujahid Berbaur Fitnah & Berdasarkan Laporan Audit Separuh Masak

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Merujuk kepada sessi penggulungan oleh  YB Mujahid Yusof Rawa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen petang tadi berkenaan laporan Audit Dalam oleh Pasukan Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) ke atas Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) ternyata ia bersifat FITNAH. Yang Berhormat Menteri telah membuat satu bentuk dakwaan berdasarkan laporan Pasukan […]

» Read more

Najib Didakwa Atas Tiga Tuduhan Pecah Amanah, Satu Tuduhan Salah Guna Kuasa

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin. Bagi pertuduhan […]

» Read more

Program Memperkasa Perjuangan Bangsa

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa bersama Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar serta kepimpinan Penerangan UMNO Bahagian Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan berdiri ketika menyanyikan lagu Kebangsaan pada Program memperkasa Perjuangan Bangsa, di PWTC petang tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Batal HSR : Jelaskan Kepada Rakyat Johor

JOHOR BAHRU,1 Jun – UMNO Johor berpandangan rakyat negeri itu harus diberi penjelasan tentang keputusan kerajaan pusat membatalkan projek pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Khaled Nordin berkata pandangan tersebut bersandarkan beberapa sebab, pertamanya kerana HSR adalah projek prasarana yang dicadangkan demi mencungkil potensi sebenar daerah selatan Malaysia. “Ia (HSR) bukan […]

» Read more

Tunku Abdul Rahman

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (26 Ogos 1951 – 24 Jan 1971) Bapa Kemerdekaan & Perdana Menteri Malaysia Pertama BIOGRAFI Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih […]

» Read more
1 78 79 80