Fokus Kepada Peralihan Generasi Selepas Era Dr Mahathir Dan Anwar – KJ

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia perlu fokus terhadap peralihan generasi dalam politik selepas era kepemimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata negara mempunyai ramai pemimpin muda berbakat dan kemunculan generasi baharu ahli politik akan memberi isyarat kepada perubahan politik di Malaysia. “Tun Mahathir adalah seorang yang hebat tetapi dia berusia 93 tahun, saya fikir beliau akan berkhidmat selagi kesihatannya mengizinkan. Anwar perlu menjadi perdana menteri selepas itu kerana jika […]

» Read more

Raptai Menaikkan Bendera

KUALA LUMPUR, 22 September — Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Mohd Sumali Reduan berbincang bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah sewaktu raptai menaikkan bendera Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Plaza Merdeka PWTC pagi tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Pertikai Zahid…? Zaman Dr Mahathir Dulu Lagi Teruk Berpecah – Azian

IPOH, 20 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Azian Osman membidas segelintir pendapat yang mempertikaikan prestasi Presiden parti sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi rentetan keluarnya lima orang ahli Parlimen dari UMNO. Menurut Azian pada ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi presiden parti, itulah zaman ‘hitam’ yang dialami oleh parti. “Ada orang kata Presiden UMNO sekarang […]

» Read more

Ikuti Diskusi U3.0 Malam Ini, Kupas ‘Kerajaan Dolak-dalik’

KUALA LUMPUR, 19 Sept – ‘Kerajaan Dolak-dalik’ menjadi topik dalam kupasan Diskusi U3.0 malam ini lantaran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gemar bercakap berbalik-balik atau tidak tetap tentang sesuatu perkara khususnya soal pentadbiran dan ekonomi negara. Bagi membincangkan topik tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Sharkar Shamsudin akan tampil dengan Datuk Dr Azizan akan bersama sebagai moderatornya. Diskusi […]

» Read more

Shamsul Anuar Dan Tiga Ahli Parlimen BN Nafi Bakal Keluar Parti Seperti Dalam Senarai Yang Tersebar   

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah bersama tiga ahli Parlimen UMNO daripada Parit, Tasek Gelugor dan Jelebu hari ini masing-masing menafikan berita yang tersebar menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ kononnya mereka adalah antara ahli parlimen yang bakal mengambil langkah keluar meninggalkan parti. Menurut Dr Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong,  kesetiaan beliau tetap pada parti dan […]

» Read more

Tak Masuk Akal Peguam Didakwa Kerana Terima Bayaran Guaman

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Adalah tidak masuk akal selepas 61 tahun merdeka, tiba-tiba seorang peguam ditangkap dan didakwa kerana menerima yuran guaman, kata Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam. Beliau berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menerima bayaran hasil daripada aktiviti haram. “Tan Sri Shafee adalah peguam yang mengendalikan […]

» Read more

Kerajaan Tidak Perlu Layan Tuntutan LGBT, Jangan Undang Kemarahan Umat Islam

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pihak kerajaan tidak sepatutnya melayani tuntutan-tuntutan untuk mengiktiraf golongan LGBT dengan desakan untuk menghapuskan Seksyen 377A di bawah  Akta 574 kerana ia akan menyebabkan timbulnya keresahan, bahkan akan muncul kemarahan lebih mendalam yang akan merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini, demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Justeru itu, beliau berkata […]

» Read more

Diskusi U3.0 Malam Ini Bincang Isu LGBT Bersama Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 12 Sept. – Siri bual bicara yang mengetengahkan isu-isu semasa Diskusi U3.0 malam ini akan membincangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan membawakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengupasnya. Diskusi yang akan bersiaran selama sejam bermula 9.00 malam ini boleh ditonton menerusi medium facebook rasmi UMNO Online di pautan […]

» Read more

Bekas Adun Beserah Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

KUANTAN, 12 Sept – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Datuk Faisal Abdullah, 70, meninggal dunia akibat angin ahmar di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 11.45 malam tadi. Anak sulungnya Ahmad Fadzilan, 40, berkata arwah dimasukkan ke hospital itu sejak sembilan hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot selepas pulang daripada rawatan dialisis. “Ayah memang menghidap penyakit kencing […]

» Read more

PRK Seri Setia : Hijrah Demi Kesatuan Dan Kemenangan

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kerjasama erat antara UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Kecil DUN Seri Setia tentunya memberikan satu sinar baru buat rakyat dalam mewujudkan imbang tara dalam pentadbiran kerajaan baru, kata Datuk Rosni Sohar, Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Selangor Katanya, Semangat yang sama didakap oleh dua parti terbesar di Malaysia, UMNO […]

» Read more
1 472 473 474 475 476 479