Sultan Johor Murka Ahli Majlis Guna Bahasa Cina Dalam Surat Rasmi

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini murka dengan dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang menggunakan bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP. SURAT rasmi Ahli Majlis MBIP yang tular di media sosial. Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) […]

» Read more

UMNO Port Dickson Akur BN Boikot PRK

PORT DICKSON 25 Sept. – UMNO Bahagian Port Dickson akur dengan keputusan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon dan memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson. Ketuanya, Mohd. Faizal Ramli berkata, BN tidak perlu terlibat dalam PRK itu kerana penyandang kerusi tersebut sengaja meletakkan jawatan bagi memenuhi kepentingan peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Dengan perkembangan ketika […]

» Read more

UMNO Johor Cadang PM Tidak Semestinya Presiden Parti

JOHOR BAHRU, 25 Sept – Cadangan agar jawatan perdana menteri tidak semestinya diisi oleh presiden parti adalah antara tiga usul yang akan dibawa UMNO Johor ke perhimpunan agung parti pada Sabtu ini yang diyakini dapat mengekang budaya bolot dalam UMNO. Pengerusi UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata cadangan lain ialah pemimpin UMNO tidak semestinya menjadi calon pilihan raya dan […]

» Read more

Pahang Tiada Cadangan Ubah Had Umur Perkahwinan

KUANTAN, 25 Sept – Pahang tidak bercadang untuk mengubah had umur perkahwinan sedia ada di negeri ini seperti yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata ini kerana kes perkahwinan bawah umur di Pahang terlalu kecil dan bukan isu. “Buat masa kini, Pahang masih mengguna pakai […]

» Read more

Boikot PRK PD Bukan Takut Kalah, Lebih Baik UMNO Tumpu Usaha Perkukuh Parti – Shamsul

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa keputusan Barisan Nasional (BN) “memboikot” dan tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil P132 Port Dickson (PD) Negeri Sembilan sebagaimana diumumkan oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, adalah sangat wajar dan tepat sekali. Katanya, keputusan ini bukan bermaksud BN takut kalah atau ingin memberikan […]

» Read more

Bukan Sekadar Hala Tuju, PAU Kali Ini Akan Jadi Pembangkit Semangat Juang Ahli – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yakin bahawa hakikatnya, ahli-ahli UMNO tahu dan faham akan hala tuju parti ini ke mana arahnya, biarpun kini UMNO tidak lagi memegang tampuk kerajaan dan beralih menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Justeru, apa yang lebih penting menurut beliau di dalam Perhimpunan Agung UMNO […]

» Read more

Ekonomi Malaysia : 17 Soalan Untuk Bantu Guan Eng Fahami Fakta

Nampaknya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tak berpuas hati dengan jawapan-jawapan dan penelitian saya tentang hal-ehwal ekonomi negara. Oleh itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya. 1. Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar GST selama […]

» Read more

Puteri Sokong Keputusan Tidak Bertanding Di PRK Port Dickson

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Zahid Zarik Khan menganggap keputusan pucuk pimpinan UMNO untuk tidak bertanding pilihanraya kecil Port Dickson adalah satu keputusan yang tepat. Ini memandangkan menurutnya, PRK tersebut menelan belanja yang besar dan diadakan hanyalah untuk memenuhi kehendak peribadi pemimpin dan bukan disebabkan kepentingan pengundi di kawasan tersebut. “Ya, bagi saya keputusan untuk memboikot […]

» Read more

BN Pulau PRK Port Dickson, Anggap Pembaziran – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Barisan Nasional (BN) akan memulaukan Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata BN menyifatkan PRK itu sebagai pembaziran wang rakyat dan diadakan semata-mata untuk memenuhi cita-cita politik seseorang dan sesebuah parti. Menurutnya, hasil perbincangan dengan pemimpin […]

» Read more

BN Sebulat Suara Boikot Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson

Kuala Lumpur, 24 hb September – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO mengadakan sidang media sebulat suara Barisan Nasional (BN) memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dengan tidak meletakkan calon sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat Biro Politik di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Menara Dato’  Onn sebentar tadi.- […]

» Read more
1 4,445 4,446 4,447 4,448 4,449 4,625