Berikan Dokumen Sebenar Bukan Dalam Format CD – Shafee
KUALA LUMPUR, 4 Okt – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta pihak pendakwa raya mengemukakan dokumen sebenar dalam mana-mana prosiding melibatkan anak guamnya. Muhammad Shafee, yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadapi tujuh pertuduhan jenayah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM4.2 juta telah diberikan dokumen dalam format cakera padat (CD) dan bukan dokumen sebenar atau sewajarnya oleh pihak pendakwaan. “Jumlah dokumen itu tidak dapat diperjelaskan tetapi satu per tiga daripada dokumen dalam CD itu mempunyai kecacatan dan tidak boleh dibaca,” kata beliau pada sidang media selepas sebutan kes Najib di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Muhammad Shafee juga mahu ahli perniagaan yang […]
» Read more