Berikan Dokumen Sebenar Bukan Dalam Format CD – Shafee

KUALA LUMPUR, 4 Okt –  Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta pihak pendakwa raya mengemukakan dokumen sebenar dalam mana-mana prosiding melibatkan anak guamnya.

Muhammad Shafee, yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadapi tujuh pertuduhan jenayah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM4.2 juta telah diberikan dokumen dalam format cakera padat (CD) dan bukan dokumen sebenar atau sewajarnya oleh pihak pendakwaan.

“Jumlah dokumen itu tidak dapat diperjelaskan tetapi satu per tiga daripada dokumen dalam CD itu mempunyai kecacatan dan tidak boleh dibaca,” kata beliau pada sidang media selepas sebutan kes Najib di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Muhammad Shafee juga mahu ahli perniagaan yang dikehendaki oleh pihak beruasa, Low Teak Jho atau Jho Low keluar dari tempat persembunyian untuk memberi keterangan dalam kes ke atas anak guamnya.

Muhammad Shafee secara tegas berkata beliau ingin benar jika dapat memeriksa balas Jho Low semasa prosiding.

“Saya berharap Jho Low tampil supaya kita dapat mengetahui kebenaran, jika dia berada di sini, dia tidak dapat mengelak dan dipanggil sebagai saksi.

“Kami memunyai banyak dokumen, berjuta-juta tetapi kami tidak mempunyai individu untuk memberi keterangan yang dapat memberikan konteks dan makna kepada dokumen tersebu,” kata beliau sambil menambah hanya Jho Low yang boleh memberi lebih banyak maklumat mengenai dokumen tersebut.

Mengulas mengenai kes Najib, Muhamad Shafee berkata beliau dapat menyatakan bahawa mereka mempunyai pembelaan yang sangat kuat.

“Saya mencurigai bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas anak guam saya dibuat secara tergesa-gesa, saya dapat lihat bahawa siasatan ke atas anak guam saya tidak lengkap” katanya.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.