Umat Islam Perlu Bersatu Tanpa Mengira Fahaman Politik – Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR, 28 Julai – “Tiada apa yang lebih penting bagi saya selain daripada perjuangan mempertahankan Islam dan orang Melayu sebab itu saya tinggalkan sekejap pilihan raya dan hadir di sini bagi memberi sokongan,” ujar calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Datuk Lokman Door Adam. Jelas beliau, Himpunan Kebangkitan Ummah ini ‘wajib’ disokong oleh semua […]

» Baca lanjut

Himpunan Kebangkitan Ummah Bukan Sebuah Perhimpunan Rasis

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Himpunan Kebangkitan Ummah bukanlah sebuah perhimpunan rasis kerana ia adalah satu perhimpunan untuk menyatakan hasrat dan pandangan berkaitan isu-isu yang berlaku kini. Jelas beliau, himpunan ini juga adalah anjuran oleh NGO dan bukan parti politik, maka sesiapa sahaja boleh hadir termasuk ahli parti politik tanpa halangan. “Kita […]

» Baca lanjut

Ambil Iktibar Kesan Pemansuhan ISA Sebelum Mansuh SOSMA – Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Apa yang berlaku selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 harus menjadi pengajaran kepada kerajaan hari ini dalam pertimbangannya untuk memansuhkan undang-undang pencegahan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. “Kita sudah mansuh […]

» Baca lanjut

Himpunan Kebangkitan Ummah Signal Untuk Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Lebih 3,000 orang memenuhi Padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini. Perhimpunan ini bertujuan memberi signal kepada kepimpinan kerajaan baru di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat seakan meletakkan agama Islam di kelas ketiga sedangkan negara ini adalah sebuah negara Islam. Turut hadir dalam perhimpunan ini ialah calon Barisan Nasional(BN) […]

» Baca lanjut

Pemuda UMNO Bimbang Dasar Pendidikan Islam Runtuh Di Bawah Pemerintahan Kerajaan PH

SHAH ALAM, 28 Julai – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Pemuda UMNO melahirkan rasa bimbang dasar pendidikan Islam yang dilaksanakan di bawah pemerintahan UMNO selama ini runtuh dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Apatah lagi menurut beliau, kerajaan pula dilihat tidak menyatakan secara tegas dalam soal ini yang telah menyebabkan timbulnya kegusaran dan kerisauan di […]

» Baca lanjut

Alasan Bekukan MyBrain Kerana Hutang Satu Pembohongan

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, alasan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malek kononnya pembiayaan untuk program ijazah lanjutan merangkumi MyPHD dan MyMaster iaitu MyBrain terpaksa dibekukan kerana Kerajaan terdahulu meninggalkan beban hutang yang tinggi adalah satu pembohongan. Jelas beliau, alasan tersebut tidak masuk akal kerana Bajet 2018, sebanyak RM90 juta telah diperuntukan […]

» Baca lanjut

‘Lawan Dan Lawan’ Serta ‘Undi BN’ Bergema Di Pasar Malam Jalan Kebun

SHAH ALAM, 27 Julai – Lawan…lawan..lawan pakatan…hidup…hidup rakyat…hidup…hidup… hidup BN…undi…undi…undi Lokman, begitulah suasana meriah dengan kempen jentera Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Pasar Malam Lorong Hj Said Jalan Kebun. Menerusi ‘Speaker Corner: Mesej Daripada Pembangkang’ yang berada di tengah-tengah pasar malam terbabit, beberapa penceramah melontarkan pelbagai pandangan dalam usaha megentengahkan calon BN, […]

» Baca lanjut

Diskusi N49 Sungai Kandis

Shah Alam, 27 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini mengupas isu ‘Islam dan Cabarannya’ dengan menampilkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama dengan Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Datuk Mohd Irwan Rizal (Moderator). Diskusi ini diadakan sempena Pilihanraya Kecil DUN N.49 Sungai Kandis. – Foto : MediaUMNO

» Baca lanjut

‘Speaker Corner’ Di Jalan Kebun

KLANG, 27Julai — Aktivis masyarakat, Tun Faisal Ismail Aziz berucap di Speaker Corner : ” Mesej Dari Pembangkang ! ” d itapak pasar malam Lorong Haji Said Jalan Kebun ketika berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam petang tadi.-Foto: MediaUMNO

» Baca lanjut

Sidang Media

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO di dalam sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, bertempat di Menara Dato’ Onn petang tadi. Foto:MediaUMNO

» Baca lanjut
1 4,410 4,411 4,412 4,413 4,414 4,508