Kerajaan Perlu Rangka Strategi Kukuhkan Sektor Pembinaan Negara

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan perlu merangka strategi untuk menstabilkan dan mengukuhkan sektor pembinaan dalam negara. Ini terutamanya dalam memastikan pertumbuhan syarikat-syarikat kecil dan sederhana mampu menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, kata Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli dalam kenyataan hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu […]

» Baca lanjut

Khairy Letak Jawatan Komander 508 Askar Wataniah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin meletak jawatan sebagai Komander Regimen 508 Askar Wataniah hari ini. Khairy dalam catatan di laman Twitter hari ini berkata beliau turut menyerahkan surat permohonan pembatalan tauliah kepada Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mejar Jeneral Datuk Zainal Abidin M.Said. “Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi […]

» Baca lanjut

SST Untungkan Orang Kaya Dan Peniaga Pasaran Gelap

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – “Goods and Service Tax (GST) merupakan satu sistem cukai di mana orang-orang yang berpendapatan tinggi membayar lebih daripada orang-orang yang berpendapatan sederhana atau miskin,” demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Jelasnya, majoriti hasil kutipan cukai ini adalah datangnya daripada golongan yang kaya di dalam negara berbanding golongan miskin kategori B40 yang kebanyakkan […]

» Baca lanjut

Surat Terbuka Dr. Ilyani: Mana Hak Kebebasan Bersuara Dilaungkan PH?

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Mana hak kebebasan yang selama ini dilaung-laungkan oleh Pakatan Harapan (PH) apabila Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi dilapor bakal dihadapkan ke Biro Pengaduan Awam (BPA) hanya kerana membuat surat terbuka kepada anak Perdana Menteri Marina Mahathir yang memperjuangkan hak sama rata komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd […]

» Baca lanjut

Sultan Kedah Titah Tidak Ganggu Gugat Hak Istimewa Melayu, Kedudukan Raja-raja dan Agama Islam

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menjunjung kasih atas nasihat Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah agar hak istimewa orang Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu dan kedudukan Agama Islam sebagai agama rasmi tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Ketuanya Mohammad Fadzil Zolkifli berkata, titah ucapan Tuanku Sultan Kedah itu amat bertepatan dengan senario semasa […]

» Baca lanjut

SST Tidak Mampu Turunkan Harga Barang – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan percaya pengenalan kembali Sales And Services Tax (SST) oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini  tidak akan mampu menurunkan harga barang sebaliknya akan mengalami kenaikan. Pada masa yang sama beliau tetap berpegang kepada ungkapannya sebelum ini bahawa GST boleh menurunkan harga barang dan bukan sebaliknya seperti mana yang ditularkan […]

» Baca lanjut

Platform Membincangkan Isu-isu Semasa

KUALA LUMPUR, 14 OGOS — Diskusi Penerangan UMNO, UMNO Online malam ini bersama Ahli Parlimen Pontian yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Adnan Seman  sebagai moderator secara Langsung LIVE FB. Diskusi Dari Parlimen ini diadakan khusus sebagai platform bagi membincangkan isu-isu semasa yang diangkat di Dewan Rakyat bersempena Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen […]

» Baca lanjut

Diskusi Penerangan UMNO, UMNO Online

KUALA LUMPUR, 14 OGOS — Diskusi Penerangan UMNO, UMNO Online malam ini bersama Ahli Parlimen Pontian yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Adnan Seman  sebagai moderator secara Langsung LIVE FB dari Menara Dato’ Onn PWTC. Foto:MediaUMNO    

» Baca lanjut

Ikuti Diskusi Dari Parlimen Malam Ini Kupas Isu SST: Harga Barang?

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Diskusi Dari Parlimen malam ini akan mengetengahkan topik SST: Harga Barang? Dengan menampilkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di samping Adnan Seman selaku moderator. Khalayak dipelawa untuk menonton secara langsung menerusi laman facebook rasmi UMNO Online, 9.00 malam ini dengan turut serta memberikan cadangan/komentar […]

» Baca lanjut
1 4,372 4,373 4,374 4,375 4,376 4,503