Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki bersama Pemuda UMNO dan Pemuda PAS Pasir Puteh mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan bagi mengeratkan ukhuwwah dan persaudaraan. Turut hadir Exco Kerajaan Kelantan YB Ustaz Tuan Saripudin dan bekas wakil Rakyat Pas Cikgu Din.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Mengimamkan Solat Jenazah

PASIR PUTEH 29 Dis–Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki memenuhi hajat Abe Sin & Hj Husin bagi mengimamkan solat jenazah arwah isterinya di Kampung Cherang Ruku Pasir Puteh. Moga Allah merahmati roh Allahyarhamah dan menempatkannya bersama para Muttaqiin.#hidupkumilikummah #bangkitkembali

» Read more

Penempatan Pelajar Di SBP: Kementerian Pendidikan Perlu Lihat Secara Menyeluruh

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Kedudukan sosio ekonomi keluarga wajar dilihat secara menyeluruh oleh Kementerian Pendidikan dalam menguruskan penempatan pelajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Penilaian terhadap angka pendapatan semata-mata bukanlah angkubah yang mutlak kerana keluarga daripada golongan pertengahan (M40) yang memiliki anak yang ramai juga wajar diberi pertimbangan seadilnya. Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican […]

» Read more

‘Taktik Mudah’ PPBM Jual Produk Politik Kononnya Untuk Gantikan UMNO Bela Melayu

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ucaptama pembukaan dan Perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), ibarat satu ‘taktik mudah’ menjual produk politik mereka kepada rakyat terutamanya orang Melayu dan seterusnya mahu mengubah fikiran orang Melayu bahawa PPBM mampu mengantikan UMNO sebagai parti orang Melayu. Demikian kata profesional Melayu yang juga Peguambela dan Peguamcara, Adzly Ab Manas mengulas berkaitan ucapan Perdana Menteri […]

» Read more

BERSATU Belum Buktikan Apa-apa Kepada Orang Melayu, Rakyat Malaysia, Presidennya Masih ‘Dihantui’ UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat selaku Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandinya semalam tidak banyak yang disentuh dan utarakan. Katanya BERSATU belum membuktikan apa-apa kepada orang Melayu dan Malaysia, selain menumpang tuah Pakatan Harapan (PH) dalam […]

» Read more

Parti Perlukan Orang UMNO, Bukan Sekadar Ahli Yang Meramaikan

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti memerlukan orang UMNO dan bukannya sekadar ahli yang meramaikan tetapi lari apabila ‘bahtera’ dilanda badai. Justeru jelas beliau, mereka yang berminat menjadi ahli UMNO perlu diberi pendedahan dan sekiranya perlu diberi latihan agar mereka tahu erti perjuangan sebenar UMNO. “Perjuangan parti kita […]

» Read more

UMNO Perlu Jadi Pembangkang Berwibawa, Bukan Merapu Seperti Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 30 Dis – UMNO perlu menjadi pembangkang yang berwibawa dan menjuarai rakyat agar parti keramat ini dilihat sebagai sebuah parti yang mampu membela nasib rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. Jelas beliau, sekiranya UMNO mampu menjadi lidah rakyat, beliau yakin rakyat akan melihat dan kembali menilai kredibiliti UMNO. “Pembangkang berwibawa maksudnya […]

» Read more

Jangan Biarkan Akar Umbi Dimakan Anai-Anai – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan amat yakin UMNO mampu kembali bangkit kerana semangat di akar umbi masih utuh malah semakin kukuh. Walaupun mengakui berhadapan dengan masa sukar kerana mengemudi parti keramat ini di kala UMNO jatuh, tetapi selagi akar umbi kukuh beliau amat yakin segala kesusahan itu mampu dilalui. […]

» Read more
1 4,335 4,336 4,337 4,338 4,339 4,647