Tidak Akan Bertanding

JOHOR BAHRU, 8 Jun — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika hadir pada sidang media di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor hari ini. Hishammuddin memgumumkan pendirian tidak akan bertanding dalam apa-apa jawatan di peringkat pusat bagi pemilihan UMNO sesi 2018-2021 nanti.–fotoBERNAMA

» Read more

Hishammuddin Umum Tidak Bertanding Sebarang Jawatan Pada Pemilihan UMNO

JOHOR BAHRU, 8 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tidak akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini. Katanya keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau bekerja lebih keras membantu membangunkan  semula UMNO bermula dari Johor selepas parti itu mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu. “Karier politik saya tidak akan berakhir, saya telah terlibat dalam politik sepanjang hidup saya dan saya tidak akan keluar parti. […]

» Read more

Serah Nota Bantahan

ISKANDAR PUTERI 7 Jun – Ketua Pembangkang Johor, Datuk Hasni Mohammad mewakili UMNO dan Barisan Nasional Johor menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri berkaitan penarikan balik semakan kehakiman ke atas Pulau Batu Puteh oleh kerajaan pusat di sini hari ini. Turut turut turut hadir, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dan bekas Pengerusi […]

» Read more

Istiadat Pemakaman

JOHOR BAHRU, 6 Jun — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengiringi jenazah Almarhumah Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang ditarik menggunakan pedati khas oleh 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar sejauh 2.8 kilometer ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah […]

» Read more

Khaled Tawar Diri Bertanding Naib Presiden UMNO, Tekad Kembalikan Kepercayaan Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang. Jelas beliau, walaupun tidak mempunyai ‘sifir ajaib’ bagaimana segala masalah UMNO dapat dibetulkan dengan mudah dan segera tetapi beliau berjanji akan terus berpaksi kepada pegangan dan keyakinan untuk membantu […]

» Read more

Khidmat Bakti Tidak Akan Terhenti

PASIR GUDANG 2 Jun — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Khaled Nordin berucap pada penyerahan bantuan kepada 2000 asnaf di Pasir Gudang dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Khidmat bakti untuk untuk golongan dhuafa tidak akan pernah terhenti.InsyaAllah doa mereka akan mengiringi perjuangan kita. FB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

» Read more

Kegagalan Kerajaan PH Laksana Janji 100 Hari Sudah Dijangka – Mohamed Khaled

JOHOR BAHRU, 2 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor sudah menjangkakan  kerajaan  Pakatan Harapan (PH)  tidak akan mampu melaksanakan janji manifeso dalam 100 hari kerana semua janji tersebut tidak boleh dilaksanakan, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau juga menyifatkan faktor hutang negara yang tinggi sebagai penyebab PH tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya sebagai alasan semata-mata. “Contohnya […]

» Read more

Seluruh Kepimpinan UMNO Ucap Takziah

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli telah memaklumkan Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada hari jumaat jam 7.55 malam, di Hospital King Edward VII. Jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, […]

» Read more

Peristiwa Penting UMNO

Peristiwa Penting UMNO Januari 1946 Kerajaan British mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada orang asing dengan syarat yang mudah. 3 Januari 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union. 4 Mac 1946 Pergerakan Melayu Semenanjung Johor menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung […]

» Read more

Tun Hussein Onn

TUN HUSSEIN ONN (14 Jan 1976 – 28 Jun 1981) LATARBELAKANG Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja’afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, […]

» Read more
1 412 413 414 415 416