Seluruh Kepimpinan UMNO Ucap Takziah

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Seluruh kepimpinan UMNO menzahirkan ucapan takziah di atas kemangkatan Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli telah memaklumkan Almarhumah Hajah Khalsom, 83, mangkat pada hari jumaat jam 7.55 malam, di Hospital King Edward VII.

Jenazah Almarhumah akan disemayamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar, di sini yang mana rakyat dan orang awam boleh mengunjung ziarah mengikut peraturan dan waktu yang akan diumumkan kelak.
 
Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada tarikh dan waktu yang akan diumumkan nanti.

Jenazah Almarhumah akan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bermula dari Istana Besar secara diusung pedati yang ditarik 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Almarhumah Hajah Khalsom dilahirkan pada 2 Dis 1935 dan dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan  Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.