Pemilihan UMNO Mampu Perbaiki Imej Parti, Tolak Budaya Negatif Melampau – Mustapa

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuka semua jawatan untuk dipertandingkan pada pemilihan nanti adalah di antara keputusan yang mampu memperbaiki imej parti ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Katanya, setiap ahli UMNO perlu menolak budaya negatif yang telah mencalarkan imej UMNO, termasuklah budaya politik ‘warlord’, sifat angkuh, amalan politik wang dan […]

» Read more

Pasca PRU14: Rakyat Nilailah Mana Permata Mana Kaca Antara BN Dan PH

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, peralihan kuasa yang berlaku selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan menjadi satu medan kepada rakyat dalam menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Jelas beliau, rakyat mungkin terkeliru dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) sehinggakan mereka tidak […]

» Read more

MT UMNO Ucap Tahniah Pembentukan Kabinet Baharu, Akan Jadi Pembangkang Konstruktif – Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini mengucapkan tahniah terhadap pembentukan kabinet baru di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengharapkan segala janji yang dibuat menerusi manifesto Pilihan Umum (PRU) yang lalu dapat dilaksanakan. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti terbabit akan melihat serta memerhatikan […]

» Read more

10 Benda Pakatan Harapan Sudah Mungkir Janji

SELEPAS 11 hari Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, sudah banyak janji dalam manifesto mereka gagal dilaksanakan seperti mana kata Pengerusinya yang juga Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Kalau mengikuti secara dekat cara pentadbiran kerajaan PH yang pada awal 11 hari dikemudi oleh Mahathir secara solo dengan penglibatan besar Majlis Penasihat Kerajaan tanpa kabinet yang lengkap. Sepanjang tempoh berkenaan, hanya Mahathir […]

» Read more

Penghapusan Tol, Siapa Untung, Siapa rugi? “Akibat Terlanjur Menabur Janji”

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Berikut adalah penerangan dari bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Lokman Adam berkaitan janji-janji dari Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) khususnya berkaitan penghapusan tol: Salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan terutamanya dikawasan bandar adalah janji untuk menghapuskan Tol 100%. Namun, persoalan yang ingin saya bangkitkan […]

» Read more

Kelangsungan Politik UMNO Berpaksikan Sokongan Padu Ahli – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas  presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kelangsungan politik UMNO hari ini berpaksikan kepada sokongan padu ahli pelbagai peringkat dan keyakinan sepenuhnya kepada kepimpinan parti. Menurut beliau hilangnya penguasaan UMNO sebagai kerajaan samalah seperti kerosakan sebuah rumah agam dengan hampir terbakar hangus tetapi tiang serinya tetap kukuh […]

» Read more

Mesyuarat Cawangan Peluang Terbaik Perbetul Tekad Perjuangan UMNO – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru seluruh ahli menggunakan mesyuarat di peringkat cawangan yang akan bermula tidak lama lagi sebagai peluang yang terbaik untuk memperbetulkan tekad perjuangan UMNO. Beliau berharap seluruh ahli memanfaatkan ruang dan kesempatan dalam mesyuarat tersebut untuk bermuhasabah dan perbaiki setiap kekurangan serta kelemahan yang […]

» Read more

UMNO Harus Kekal Teguh Demi Islam Dan Melayu

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Setelah seminggu rakyat memilih kerajaan baru yang menggabungkan empat parti utama yang berpayung di bawah Pakatan Harapan, ramai mulai membicarakan mengenai masa depan UMNO. Tidak kurang juga di kalangan pendokong yang mulai gundah dan ada yang meninggalkan bahtera perjuangan. Walau apa pun fenomena yang berlaku, hakikat dan fakta yang perlu diperakui oleh semua UMNO masih […]

» Read more
1 345 346 347 348