Pasca PRU14: Rakyat Nilailah Mana Permata Mana Kaca Antara BN Dan PH

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, peralihan kuasa yang berlaku selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan menjadi satu medan kepada rakyat dalam menilai yang mana permata dan yang mana kaca.

Jelas beliau, rakyat mungkin terkeliru dengan janji manis Pakatan Harapan (PH) sehinggakan mereka tidak dapat melihat dan menilai apa yang selama ini BN dan UMNO telah lakukan untuk rakyat.

“Apa yang UMNO tidak buat selama ini? Rakyat mungkin keliru jadi mereka pergi kepada PH… sekarang ini ‘game is’ fitnah menfitnah. Walaupun kita sudah maklumkan apa yang telah kita lakukan tetapi nampaknya rakyat lebih tertarik kepada provokasi.

“Jadi, sekarang ini adalah masa untuk rakyat menilai kerajaan baru yang mana satu kaca yang masa satu permata. Kita telah buat kerja yang terbaik tetapi rakyat tidak faham, mungkin sekarang ini cara terbaik untuk rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa selama ini BN buat kerja dengan profesional dan terbaik demi rakyat,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Justeru jelas beliau, disebabkan kekalahan ini maka UMNO perlu mengambil kesempatan untuk membaiki kelemahan yang ada dan memberi fahaman yang lebih kepada rakyat apakah perjuangan sebenar BN. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.