Penarikan Balik Kes Rasuah Guan Eng Beri Implikasi Negatif Terhadap SPRM

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penarikan balik kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memberi implikasi yang besar kepada SPRM di mana memperlihatkan seolah-olah Peguam Negara tidak mempercayai siasatan SPRM. Jelas Ahli Parlimen Bera itu, penarikan balik kes rasuah tersebut juga secara tidak langsung merupakan satu penghinaan terhadap kredibiliti agensi […]

» Read more

PRK Balakong: Cadangan Naikkan Elaun Kehadiran Adun Tidak Masuk Akal-Tan

BALAKONG, 4 Sept – Cadangan menaikkan elaun kehadiran persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai galakan kepada wakil rakyat adalah sesuatu yang tidak munasabah, kata calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balakong Tan Chee Teong. Membidas cadangan yang dikemukakan Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim itu, Tan berkata ini kerana menghadiri persidangan DUN adalah tugas asas setiap wakil […]

» Read more

Najib Cabar Tubuh RCI, Tun M ‘Pengecut’? – Puad

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Cabaran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap segala dakwaan PH berlaku penyelewengan ketika zaman pentadbirannya adalah bukan satu cabaran yang kecil dan boleh dipandang ringan, jelas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Menurutnya, empat isu besar yang sering […]

» Read more

Kerajaan PH Digesa Dedahkan Semua Perjanjian, Elak Salah Faham Rakyat

PEKAN, 23 Ogos – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa lebih baik untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan projek atau membatalkannya bagi membolehkan rakyat untuk menilai sendiri. Katanya, rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu […]

» Read more

Menjelang 100 Hari: Terbukti PH Kerajaan ‘Kakistocracy’ – Annuar

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ternyata janji-janji yang mereka laungkan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu khususnya 10 janji dalam tempoh tersebut gagal ditunaikan sebaliknya pelbagai isu lain yang timbul. Hal ini mengundang Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menekankan bahawa ‘Terbukti PH Kerajaan ‘Kakistocracy’ sebagaimana kenyataannya berikut: […]

» Read more

Peguam Negara Perlu Jawab Dakwaan Lantik Firma Guaman Sendiri Urus Kes The Equaminity

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris meminta peguam negara, Tommy Thomas memberikan jawapan berhubung dakwaan beliau melantik firma guamannya sendiri untuk  menguruskan kes kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. Menurut Dr Najmil, perkara tersebut yang didedahkan oleh laman web sabahkini2.com mendakwa peguam yang terlibat dalam kes tersebut, Sitpah Selvaratnam […]

» Read more

Najib Mohon Keluarkan Empat Hakim Utama Daripada Panel Dengar Saman Misfeasans

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu empat hakim utama dikeluarkan daripada bersidang dalam panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan semakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi saman misfeasans dikemukakan beliau (Dr Mahathir) berhubung salah guna kuasa sebagai penjawat awam. Peguam mewakili Najib, Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun memberitahu mahkamah pelantikan Ketua Hakim […]

» Read more

Kaji Dan Terus Mengkaji….Itulah Kerajaan Pakatan Harapan Hari Ini

SHAH ALAM, 3 Ogos – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata kerajaan hari ini dilihat sebuah kerajaan akan kaji dan sentiasa mengkaji termasuklah alasan popular mereka yang sering menyalahkan kerajaan terdahulu. Mengambil contoh jawapan menteri di parlimen, Khairy berkata pelbagai soalan yang dibangkitkan mengenai segala janji yang dilontarkan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu, jawapan menteri akhirnya berkisar ke arah […]

» Read more

Hapus Hutang Peneroka: Kerajaan PH Digesa Laksana Janji Manifesto

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai janji untuk menghapuskan hutang peneroka sebagaimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kecewa de¬ngan sikap kerajaan kerana masih membisu mengenai janji tersebut. Hal ini kerana, Naib Presiden UMNO itu percaya bahawa […]

» Read more

Kerajaan Hari Ini Berfikir Bermula Dari Kaki, Bukan Dari Kepala – Mat Nadzari

SHAH ALAM, 2 Ogos – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan menteri kerajaan hari ini berfikir bermula dengan kaki dan bukan bermula di kepala dalam mengatasi pelbagai isu, sebagai contoh dalam isu pendidikan hari ini. Menurut beliau, dalam bidang pendidikan hari ini misalnya, ada pelbagai isu besar yang sepatutnya ditangani oleh menteri yang diamanahkan […]

» Read more
1 337 338 339 340 341 342