MIC, MCA Bersama BN Lakukan Perubahan

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Parti MIC dan MCA akan terus bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan. Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan. Beliau berkata BN perlu menjadi sebuah parti pembangkang yang […]

» Read more

Abang Johari Pertahan Cadangan Projek LRT

KUCHING, 14 Mei – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mempertahankan rancangan beliau melaksanakan projek Transit Aliran Ringan (LRT) bagi Bandaraya Kuching. “Banyak pengkritik yakin saya melakukan kesilapan sekiranya membina LRT bagi Bandaraya Kuching. “Saya akan tunjuk kepada anda bahawa saya betul kerana saya memikirkan tentang masa depan Kuching dan mereka silap kerana mereka berpendapat […]

» Read more

Pemuda Zahir Sokongan Pulihkan UMNO, Suntik Semangat Perkukuh Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menyatakan jaminan untuk memberi sokongan penuh bagi memulihkan dan menyuntik semangat kepada semua ahli parti di peringkat akar umbi. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, di masa yang sangat tenat sekarang ini, amatlah penting untuk mengekalkan perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO terutama di kalangan ahli dan wakil rakyat. “Kita […]

» Read more

Ahli UMNO Digesa Bangkit Bersama Bina Kekuatan Baru Parti

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar UMNO terus bangkit bersama rakan-rakan Barisan Nasional (BN) yang lain untuk terus mengorak langkah ke depan dalam usaha mewujudkan kekuatan baru di dalam parti. Serentak itu beliau memberitahu parti telah mewujudkan ‘task force’ bagi melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam usaha untuk membangkitkan UMNO sebagai […]

» Read more

MT UMNO Rakam Terima Kasih, Hargai Jasa Najib Terajui Parti

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini mengucapkan penghargaan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang telah meletak jawatan sebagai presiden parti dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MT juga mengucapkan terima kasih kepada Najib yang telah memimpin UMNO selama ini. “Beliau telah memimpin kami hampir […]

» Read more

Tiga Kejanggalan Untuk Empat Hari Pertama Pentadbiran Pakatan Harapan

PAKATAN Harapan baru sahaja menubuhkan kerajaan selama tempoh empat hari. Masih terlalu awal untuk menilai pencapaian kerajaan baharu ini, justeru kita seharusnya memberikan ruang kepada kerajaan melunaskan janji-janjinya. Pun demikian, dari hari pertama lagi, saya mengikuti dengan dekat tindak tanduk kerajaan baharu ini, dan saya dapati ada beberapa perkara yang agak merisaukan. Jika diteliti muka surat 4 Buku Harapan, kerajaan […]

» Read more

Tiga ADUN BN Mahu Sertai Pakatan Harapan Tidak Bermoral – Khaled

JOHOR, 13 Mei – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) semalam telah mengumumkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggap tidak bermoral. Mereka ialah ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Endau, Alwiyah Talib dan ADUN Sedili, Rasman Ithnain. Tindakan mahu menyertai […]

» Read more

BN Akan Jadi Pembangkang Berwibawa – Mohamad

SEREMBAN, 13 Mei – Barisan Nasional (BN) tidak akan melemparkan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) tetapi sebaliknya akan menjadi pembangkang yang berwibawa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini bagi memastikan rakyat terus mendapat kebaikan daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran baharu kerajaan […]

» Read more

Wanita UMNO Hormati Keputusan Datuk Seri Najib, Rakam Penghargaan Atas Sumbangan

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Pergerakan Wanita UMNO mengucapkan terima kasih dan menghormati serta menerima keputusan Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Najib telah berkhidmat di bawah kepimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad […]

» Read more

Najib Letak Jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta merta setelah BN gagal untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu. Menurut beliau, perkara ini dilakukan di atas dasar tanggungjawab sebagai ketua di dalam BN apabila parti tersebut gagal untuk memenangi PRU […]

» Read more
1 2,757 2,758 2,759 2,760 2,761