KK Mart: Jadikan Yang Berlaku Sebagai Iktibar, Perlukan Tumpuan Serius – ADUN Seri Menanti

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Isu penggunaan label Halal pada produk yang ternyata tidak dibenarkan untuk dimakan oleh umat Islam adalah satu perkara yang sangat sensitif, terutama dalam konteks masyarakat Islam di negara kita, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Muhamad Sufian Maradzi. Bagi beliau kejadian berkenaan yang menimbulkan polemik dan sebagainya memerlukan perhatian serta tumpuan serius daripada […]

» Read more

Puteri UMNO Santuni Orang Sabah, Sampaikan Bakul Makanan

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berbesar hati ke Sabah bagi menyantuni rakyat di negeri berkenaan. Kunjungan tersebut diketuai Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama kepimpinan tertinggi Puteri UMNO Malaysia yang memanfaatkan kehadiran ke negeri itu dengan melakukan kunjungan ke beberapa bahagian. Antara bahagian yang dilawati iaitu Kota Belud, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu dan Kalabakan. Kedatangan Puteri […]

» Read more

Tindakan Gelar ‘Tin Kosong’ Biadap, Isu Agama Dan Sensitiviti Masyarakat Harus Difahami

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Nasrun Nasaruddin, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang menggelar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh sebagai ‘tin kosong’. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap dan tidak wajar malah mencerminkan ketidakmatangan dalam berpolitik serta kurangnya kesediaan untuk berdebat secara beradab. “Kritikan yang disampaikan dengan menyebut Dr. […]

» Read more

Inisiatif Berterusan Turun Padang Lihat Secara Dekat Perkhidmatan Untuk Rakyat – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Dalam usaha melihat secara lebih dekat sistem perkhidmatan selain pelbagai kemudahan infra kesihatan untuk rakyat di Negeri Melaka, Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengambil inisiatif turun padang untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan yang berlaku. Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau berkata usaha berkenaan merupakan salah satu inisiatif untuk melihat dan mendengar sendiri segala […]

» Read more

Titah Adendum: Langkah Tegas Perlu Diambil, Pulihkan Hak YDPA Dalam Perlembagaan – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Veteran UMNO berpendapat bahawa satu langkah tegas perlu diambil untuk memulihkan kedudukan dan hak Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihak eksekutif dilihat telah gagal melaksanakan fungsi utama mereka dalam memelihara kuasa mutlak YDPA […]

» Read more

Syed Hussien Seru Umat Islam Sertai Semarak Subuh DUN Mahkota

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah mengajak umat Islam di kawasan sekitar untuk menyertai Semarak Subuh DUN Mahkota. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan ia akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Tengah pada 17 Januari manakala di Surau Al-Istiqamah Kampung Tengah Dalam pada 18 […]

» Read more

KKDW Garis Empat Fokus Utama, Pacu Kemajuan Desa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menggariskan empat fokus utama untuk memacu kemajuan desa kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berkata, KKDW telah melaksanakan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). “Hasil pemukiman tahun lalu, KKDW telah […]

» Read more
1 270 271 272 273 274 4,530