Seramai 73 Ketua Bahagian Menang Tanpa Bertanding Pemilihan UMNO

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kemenangan tanpa bertanding di 73 bahagian daripada 191 bahagian di seluruh negara memperlihatkan bahawa demokrasi dalam pemilihan UMNO berjalan dengan baik. Jelasnya, perkara ini juga merupakan manifestasi bahawa demokrasi telah berjalan dengan kaedah yang terbaik melalui proses pemilihan ini. “Di samping itu juga […]

» Read more

Jagalah Etika Semasa Berkempen Dan Kekalkan Suasana Ukhuwah Untuk Parti – Annuar

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan seluruh ahli parti agar masing-masing tidak membakar emosi sempena pemilihan UMNO pada kali ini sebaliknya mengekalkan suasana ukhuwah antara satu dengan yang lain. Sambil mengucapkan selamat bersidang dan selamat memilih kepimpinan sayap parti yang berlangsung serentak di seluruh negara hari ini, beliau penuh yakin ahli parti semuanya […]

» Read more

Keanggotaan, Sistem Pemilihan Perlu Diberi Perhatian Pimpinan Baharu UMNO

MELAKA, 23 Jun – Keahlian dan sistem pemilihan adalah antara pelbagai isu penting yang perlu diberi perhatian oleh pucuk kepimpinan baharu UMNO yang dipilih pada pemilihan sayap parti esok, kata Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata ia perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk […]

» Read more

Persidangan Sayap Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Bermula, Serentak Pemilihan

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Persidangan Pergerakan sayap UMNO iaitu, Wanita, Pemuda dan Puteri bermula hari ini yang berlangsung serentak dengan pemilihannya di seluruh negara. Tiga calon akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita iaitu Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Azizah Mohd Dun. Seramai empat calon pula akan bertanding jawatan Naib Ketua Wanita, 81 calon bertanding […]

» Read more

Debat Antara Calon Presiden Tidak Perlu Dilakukan – Mohamad

SEREMBAN, 22 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak bersetuju debat antara calon diadakan dalam pemilihan parti kali ini kerana ia akan mendedahkan pelbagai isu dalaman kepada umum. Beliau yang juga calon Timbalan Presiden UMNO berkata pemilihan kali ini disifatkan sebagai pertandingan antara keluarga yang seharusnya dijalankan secara baik. “Tidak perlu debat, kalau dalam […]

» Read more

Bubarkan UMNO Tiada Dalam Kamus Politik Saya – Zahid

SENDAYAN, 22 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan membenarkan sama sekali untuk UMNO dibubarkan apatah lagi sekiranya untuk menguatkan pihak lain. Jelas beliau, perkara sebegitu tidak ada dalam kamus politik dirinya. “Langkah mayat ahli UMNO dulu kalau mahu UMNO sertai mereka. Saya tidak akan mengguris hati orang UMNO. […]

» Read more

TRX Tidak Perlu Diselamat Kerana Ia Boleh Bawa Untung – Najib

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, projek Tun Razak Exchange (TRX) tidak perlu diselamatkan, sambil menambah bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mengakui projek itu akan membawa  keuntungan. Dalam satu catatan di akaun Facebooknya, beliau berkata, pengambilalihan TRX City Sdn Bhd (TRXC), pemaju utama TRX oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) dengan nilai […]

» Read more

UMNO Perlukan Penawar – Ku Li

SHAH ALAM, 22 Jun – UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi menebus semula integriti parti yang dilihat semakin pudar dalam perjuangannya, kata Tengku Razaleigh Hamzah. Veteran UMNO berusia 81 tahun itu berkata antara ‘pembersihan’ yang mesti diutamakan adalah dari aspek lagak kepimpinannya berikutan sebelum ini masyarakat melabel pemimpin parti berkenaan sebagai sombong, melampau elitis malah ada yang sukar dibuat janji temu. Menyatakan perkara berkenaan antara pendekatan yang akan diketengahkannya jika dipilih sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti 30 Jun ini, beliau berkata langkah tersebut juga boleh menjadi ‘penawar’ kepada persepsi masyarakat terhadap parti itu. “Kita mahu pastikan polisi parti dapat menyembuhkan semula UMNO khususnya dari aspek integriti yang sebelum ini dilihat kurang […]

» Read more

Isu Debat Calon Presiden : UMNO Tak Perlu Ikut Rentak Luaran – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa khuatir dengan trend populis dan percubaan mengikut rentak luaran secara berlebihan khususnya berkaitan dengan cadangan untuk mengadakan debat antara calon Presiden UMNO. Baru-baru ini timbul isu mengadakan debat dengan dua calon Presiden UMNO dilaporkan bersetuju sementara sementara lima lagi calon belum memberikan reaksi dengan ramai yang […]

» Read more

UMNO Papar Calon Yang Layak Bertanding Pemilihan UMNO 2018

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah membuat semakan terhadap calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2018. Katanya, senarai calon-calon bagi peringkat pusat yang telah disemak oleh pihak insolvensi dan juga mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan untuk bertanding boleh dimuatturun menerusi http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018/ “Bagi senarai peringkat […]

» Read more
1 2,708 2,709 2,710 2,711 2,712 2,731