Hutang RM1 Trilion, Lebih RM1 Trillion? Adakah Mat Sabu, Guan Seorang Penipu?

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengenai hutang negara yang dikatakan nilainya lebih besar dari RM1 trillion. Menurut Najib, kenyataan Mohamad semasa berucap dalam seminar di Universiti Malaya mengenai nilai hutang negara jauh lebih besar daripada RM1 trilion dan terpaksa disembunyikan supaya negara tidak […]

» Read more

Kerajaan PH Masih Terus Salahkan BN Dalam Sesi Kedua Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Sesi Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-14 hari ini menyaksikan sikap kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang masih terus-terusan menyalahkan kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menjawab persoalan yang diajukan. Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membidas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang masih lagi menyalahkan […]

» Read more

Kerajaan PH Tiada Idea Baru Selain Salahkan Kerajaan BN, Cantas Projek – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil berkata, tindakan kerajaan yang mahu membatalkan beberapa projek sehingga mengakibatkan ramai rakyat kehilangan kerja merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan dilihat lebih kepada politik pemimpin dalam kerajaan itu sendiri berbanding nasib rakyat. Menurutnya, keluhan dan kebimbangan netizen termasuk pekerja MMC Gamuda yang viral di media apabila Menteri […]

» Read more

Makmurkan Negeri… Bukan Berebut Jawatan – Kak Su

ALOR SETAR, 14 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob menegur kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah agar lebih fokus membina negeri ke arah kecemerlangan daripada berlumba-lumba mengejar kepentingan peribadi. Menurut Suraya, walaupun polemik perebutan jawatan menteri besar di negeri tersebut yang menjadi ‘rahsia terbuka’ telah dinafikan pihak berkaitan tetapi ia masih kuat kedengaran serta […]

» Read more

Apa Lagi Penipuan Yang PH Mahu Tegakkan? – Najib

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan sinis menimbulkan persoalan kepada Pakatan Harapan (PH) apakah lagi penipuan-penipuan yang hendak mereka terus tegakkan sekarang ini. Adalah sesuatu yang melucukan ujar Najib, merekalah yang dahulunya menjelajah seluruh negara dengan dendangan Malaysia di ambang bankrap, tetapi dalam masa yang sama mereka juga yang berjanji dengan pelbagai janji […]

» Read more

Keputusan PRK Port Dickson

PORT DICKSON, 13 Okt – Berikut merupakan keputusan pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen P.132 Port Dickson. Jumlah keseluruhan pengundi adalah seramai 75,770 pemilih. 1. Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan) : 31,016 undi 2. Lau Seck Yan (Bebas) : 214 undi 3. Saiful Bukhari Azlan (Bebas) : 82 undi 4. Lt. Kol (B) Hj Nazari (PAS) : 7,456 undi 5. Tan […]

» Read more

“Jalan Nak Ke Masjid Ditutup, Tapi Untuk Pesta Arak Dibuka” – Annuar

KETEREH, 13 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan kegusaran dan kekhuatiran apabila melihat pemimpin Islam kerajaan menjadi semakin permisif dan liberal. Menurutnya, pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin condong kepada nilai-nilai tajaan parti tertentu dalam politik kepartian mereka. “Sedikit demi sedikit nilai Islam terhakis kerana lemahnya kita dalam tawar-menawar politik. Kita terlalu bergantung kepada talian […]

» Read more

Kaji Kuota Perumahan Bumiputera : Zuraidah Dibidas Tak Faham Sejarah Polisi

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin untuk mengkaji semula kuota Bumiputera bagi pembelian rumah mampu milik termasuk penyeragaman harga rumah standard bagi semua lapisan masyarakat dibidas. Penganalisis politik, Ab Jalil Backer berkata, tujuan pengenalan kuota minimum 30 peratus kawasan perumahan dan perniagaan hendaklah dijual kepada kaum Bumiputera merupakan satu proses “rekayasa sosial” (social […]

» Read more

Jelajah Puteri UMNO Rapatkan Ukhuwah Akar Umbi, Perkuatkan Jentera Parti

MASJID TANAH, 13 Okt – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kini memasuki negeri ketiga dalam program jelajah ukhuwah untuk memperkenalkan barisan exco di peringkat akar umbi. Jelas ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan, ini bertujuan untuk merapatkan hubungan hubungan antara kepimpinan Puteri dengan akar umbi. “Sekarang ini kita sudah menjadi pembangkang jadi cara kita bekerja juga harus berbeza. “Jika hubungan kepimpinan Puteri […]

» Read more

PRK Port Dickson: 34 Peratus Keluar Mengundi Sehingga 12 Tengah Hari – SPR

PORT DICKSON, 13 Okt – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan peratus keluar mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sehingga jam 12 tengah hari tadi adalah berjumlah 34 peratus. Proses pengundian bagi PRK tersebut bermula 8 pagi tadi di kesemua 32 pusat pengundian bagi membolehkan 68,317 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka. Pusat pengundian yang merangkumi sekolah dan dewan […]

» Read more
1 2,627 2,628 2,629 2,630 2,631 2,751