Isu Pencemaran Pasir Gudang: MB Johor Tidak ‘Gentleman’

ISKANDAR PUTERI, 26 Jun – Satu memorandum berhubung ketidakcekapan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangani isu pencemaran di Pasir Gudang telah diserahkan oleh Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar pagi ini. Antara yang turut hadir dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dan PAS, Bekas-bekas Wakil Rakyat, wakil parti komponen MCA […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Jujur, Kongsi Fakta… Penduduk Berhak Dinasihati Langkah Dan Prosedur Kesihatan

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak untuk bertindak jujur dan segera berkongsi fakta mengenai krisis yang sedang berlaku di Pasir Gudang. Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Noor Azleen Ambros berkata rakyat berhak dimaklumkan mengenai langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang perlu mereka ambil untuk mengelakkan dari risiko terdedah kepada pencemaran. “Rakyat juga berhak untuk mendapatkan nasihat daripada […]

» Read more

“Tinggalkanlah Perjuangan Kalau Semata-mata Kerana Individu” – Najib

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam hantaran di Facebooknya dengan tegas memberi beberapa pesanan dan peringatan kepada ahli-ahli parti. “Tinggalkanlah perjuangan kalau semata-mata kerana individu. Lupakanlah persengketaan sesama kita. “Hapuskanlah keangkuhan yang hanya akan membawa padah. Hentikanlah perbalahan yang tidak membawa manfaatnya. “Itulah tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO,” pesannya lagi […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan Bahagian : Lima Asas Jadi Agenda Pengukuhan Parti – Armand

SUBANG, 18 Jun – Lima asas menjadi agenda pengukuhan parti di peringkat akar umbi, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah. Ujar Ketua UMNO Subang itu, perkara tersebut adalah berkaitan dengan perjuangan, penyatuan, pengukuhan, pelaksanaan dan perpaduan. “Lima perkara ini akan terus menjadi agenda utama pengukuhan parti khususnya UMNO Bahagian Subang bagi mengerakkan jentera ke arah Pilihan […]

» Read more

Persidangan Bahagian: Landasan Terbaik Hidupkan Roh Perjuangan Menuju PRU-15, Annuar

  KUALA LUMPUR, 17 Jun – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, persidangan mesyuarat UMNO bahagian-bahagian dan sayap-sayap yang telah bermula ini merupakan landasan terbaik untuk menghidupkan roh perjuangan dalam menuju ke Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Jelas beliau, semua bahagian yang bakal bersidang harus mengambil kesempatan ini untuk mengukuh dan merapatkan saf perjuangan selain mendengar amanat yang […]

» Read more

Kebijakan Menempuh Revolusi Industri 4.0 – Ahmad Zahid

SEJAK diperkenalkan di Jerman pada 2011, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) adalah cabaran baru kepada kehidupan manusia. Teknologi yang menggabungkan dunia biologikal, fizikal dan digital serta menghasilkan pelbagai teknologi baharu yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri. Sebelum ini revolusi perindustrian pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Diikuti revolusi perindustrian […]

» Read more

Kenyataan Maulizan Tidak Mewakili Akar Umbi – Pemuda Tebrau

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Fauzi Faizal berkata kenyataan Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Maulizan Bujang berhubung Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus teruskan bercuti dan tidak kembali mengepalai UMNO tidak mewakili suara akar umbi UMNO bahagian tersebut. Memetik kenyataannya menerusi Facebook beliau, Fauzi menjelaskan tiada keperluan untuk mengganggu Presiden yang sedang bercuti dari […]

» Read more

Kit Siang Patut Malu Pertahankan Keadilan Yang Buruk Kerajaan PH

JOHOR BAHRU, 21 Mei – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Puad Zarkashi membidas pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang yang menyatakan, kempen ‘Malu Apa Bossku’ bertentangan dengan Rukun Negara, mencabar Pelan Anti Rasuah Kebangsaan 2019-2023 serta menghalang kepada misi transformasi negara daripada satu kleptokrat global kepada negara berintegriti terulung. Dalam hal ini beliau merujuk kepada […]

» Read more

Madrasah Ramadan: Ibrah Di Sebalik Ketewasan

SUDAH berlalu fasa pertama Ramadan al-Mubarak yang dipenuhi dengan kerahmatan. Hari ini kita sudah berada di fasa kedua yang dilimpahi dengan keampunan daripada Allah SWT dan fasa ketiga adalah kemerdekaan, pembebasan dari api neraka. Sepanjang berada di madrasah Ramadan tahun ini saya menekuni catatan sirah dengan membuka safhah demi safhah sirah Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat. Saya cukup tertarik […]

» Read more

Kemenangan BN Hasil Gerak Kerja Bersepadu – Tok Mat

REMBAU, 14 April – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan bersyukur dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dan seterusnya menjadikan ia kemenangan yang ketiga berturut-turut selepas parti berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dan merampas DUN Semenyih. Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN juga bersyukur kerana PRK Rantau berjalan lancar serta tiada kejadian yang tidak diingini […]

» Read more
1 260 261 262 263 264 267