PRN Johor: Optimis Sokongan Untuk BN, Perjuangan Bela Rakyat Diteruskan – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 4 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis sokongan rakyat akan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak. Katanya, ini kerana ianya dilihat berdasarkan kunjungan ke beberapa UMNO bahagian yang dilakukan beliau semalam di Mersing, Kota Tinggi, Tebrau dan Tenggara. “Moga kita kekal menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, […]

» Read more

PRN Johor: Presiden PPBM Pun Pernah Keluar Parti… Jangan Emosional Sangat – Mazlan Bujang

  TEBRAU, 3 Feb – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang ‘menasihatkan’  Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak emosional berhubung tindakannya sebelum ini yang keluar daripada PPBM. Jelas beliau yang juga bekas Pengerusi PPBM Johor, tindakan keluar dari parti adalah satu perkara yang biasa dalam politik negara ini malah pernah […]

» Read more

PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi poster boy pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak. Katanya, ini kerana PN melakukan strategi tersebut di Melaka meskipun keputusan PRN tidak menyebelahi mereka. “Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal […]

» Read more

Bekas Adun Larkin Mohd Izhar Umum Keluar Bersatu

JOHOR BAHRU, 29 Jan – Selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Mazlan Bujang, Bersatu hari ini kehilangan seorang lagi ahli apabila bekas ADUN Larkin Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta. Mohd Izhar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor berkata langkah itu terpaksa diambil setelah mendapati parti […]

» Read more

PRN Johor: MB Beri Bayangan Akan Pertahan DUN Benut

PONTIAN, 29 Jan – Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad hari ini memberi bayangan akan bertanding dan mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu bagaimanapun berkata hasrat beliau untuk terus mengekalkan kerusi yang disandangnya itu belum dimuktamadkan lagi. “Saya kalau boleh, dan diberi peluang sekali lagi, mahu […]

» Read more

Bersatu Tebrau Akhirnya Terkubur, Bukti Perpecahan Yang Tidak Berkesudahan

TEBRAU, 28 Jan – Pengumuman perletakan jawatan Mazlan Bujang sebagai Ketua Bersatu (PPBM) Tebrau serta keluar parti berkuatkuasa serta-merta pada Khamis dilihat sebagai satu isyarat jelas buat rakyat bahawa parti itu secara moralnya sudah terkubur untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang ini. Menurut Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, menyelusuri pendedahan dari Mazlan akan ada ramai lagi yang akan […]

» Read more

Mazlan Bujang Umum Letak Jawatan, Keluar PPBM… Sokong BN

JOHOR BAHRU, 27 Jan – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Mazlan Bujang hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau dan keluar parti, berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor itu berkata turut sama meletakkan jawatan ialah 22 Ahli Jawatankuasa Bersatu Tebrau. Menurut Mazlan, beliau kini tidak menjadi […]

» Read more
1 245 246 247 248 249 267